Sunday, November 22, 2020

Lokasi baharu Pasar Pagi Ahad Tanah Rata

Mulai minggu ini, Pasar Pagi Ahad Tanah Rata berpindah dan beroperasi di kawasan baharu. Jika sebelum ini lokasinya adalah kawasan letak kereta bersebelahan dengan Persiaran Camellia, kini ia dipindahkan ke kawasan letak kereta MDCH yang baharu bersebelahan dengan Arked Makanan Tanah Rata.

Lokasi ini lebih besar dengan kemudahan letak kereta yang lebih banyak namun ianya tidak dapat dilihat dari laluan utama. 

Kebimbangan peniaga adalah kawasan ini akan hanya menjadi kunjungan warga tempatan dan tidak akan menarik minat pelancong yang mana mereka akan singgah juga ke pasar ini kerana lebih mudah dilihat dilokasi yang lama. 

Apapun masih terlalu awal untuk melihat keberkesanan pasar pagi ini. 

Untuk makluman, pasar pagi ini adalah pasar pagi tumpuan masyarakat tempatan untuk mendapatakan bahan segar dan juga makanan dihujung minggu dan bukan untuk pasar khusus untuk pelancong. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.