Thursday, April 9, 2020

Jumlah Pelancong ke Cameron Highlands 2019 - Jan hingga September 2019



1,040,297.

Inilah jumlah bagi 9 bulan pertama jumlah kehadiran pelancong ke Cameron Highlands tahun lepas.

SEJUTA EMPAT PULUH RIBU DUA RATUS SEMBILAN PULUH TUJUH.

Angka penuh tahunan belum saya perolehi. Namun sebagai perbandingan tempoh yang sama, jumlah pelancong bagi tahun 2019 meningkat 3.38 % iaitu dari 1,005,117 pelancong pada tahun 2018. 
  • Jumlah ini kalau dibandingkan dengan jumlah penduduk Cameron Highlands adalah 25 kali ganda bezanya atau 2507 %.
Jika angka ini diambil kira bermakna pada tahun lepas sekitar 111,589 orang pelancong telah berada di Cameron Highlands setiap bulan. 
  • Jumlah ini adalah 278% lebih dari jumlah penduduk Cameron Highlands iaitu 40,080 orang
Ini juga bermakna purata ringkas setiap minggu adalah seramai 28,897 orang pelancong berada di setiap hujung minggu di daerah ini. 
  • Jumlah ini bersamaan 72 % daripada jumlah penduduk tetap Cameron Highlands. 
Jika sebuah kereta memuatkan 4 orang penumpang purata ringkas sebanyak 7,224 pertambahan buah kereta di hujung minggu. 

Tapi angka diatas adalah congakan ringkas semata-mata tanpa sebarang model statistik yang tepat ya. Seronok seronok aje... 

Apapun apakah unjuran jumlah pelancong bagi tahun sukar 2020 ini bagi Daerah Cameron Highlands? 

Suram aje sekarang ni... 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.