Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang keempat telah dilaksanakan semalam bagi kawasan SELANGOR MANSION dan MALAYAN MANSION KUALA LUMPUR.
Perintah ini dikeluarkan ekoran terdapat 15 kes positif melibatkan dua kawasan penempatan ini yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 6000 penghuni.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 15 kes positif jangkitan COVID-19 di bangunan Selangor Mansion dan bangunan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan keempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order).
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan di bangunan itu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 7 April 2020 sehingga pengesanan ini tamat.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.