Friday, April 10, 2020

Covid-19: Kuantan Berada Dalam Zon Merah


Hari ini, kita mendapat khabar yang mendukacitakan, kerana KKM telah memaklumkan bahawa Daerah Kuantan Pahang, kini dikategorikan Zon Merah. 



Sehingga hari ini jumlah kes Covid-19 di Negeri Pahang mengikut daerah, adalah seperti berikut:

1. Jerantut - 61 kes
2. Kuantan - 43 kes
3. Pekan - 23 kes
4. Bentong - 11 kes
5. Bera - 9 kes
6. Lipis - 7 kes
7. Maran - 6 kes
8. Temerloh - 5 kes
9. Rompin - 2 kes
10. Raub - 1 kes
11. Cameron Highlands - 1 kes

Jumlah keseluruhan = 169 kes

Sungguhpun terdapat peningkatan terhadap kes Covid-19 di negeri ini, Kerajaan Negeri Pahang menyeru agar rakyat Negeri Pahang untuk tidak panik dan kekal tenang dalam menghadapi dugaan ini. 

Saya berharap agar semua rakyat negeri dapat terus mematuhi arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh KKM, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan pihak berkuasa lain, dalam usaha untuk membendung penularan wabak ini di Negeri Pahang. 

Teruskan untuk tinggal di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan anda dijangkiti virus tersebut. 

Dapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi KKM (laman sesawang dan media sosial rasmi), televisyen dan radio. Jangan sebarkan berita tidak sahih.

Marilah kita berusaha dan berdoa agar wabak ini tidak lagi menular di Malaysia, khususnya di Negeri Pahang Darul Makmur.

#DukDumohBlaka

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.