Buat kali pertama, jumlah orang yang sembuh sepenuhnya telah melebihi jumlah kes baru Covid untuk dua hari berturut-turut.
Hari ini, 121 pesakit telah sembuh berbanding 109 kes baru dikesan berbanding 166 pesakit sembuh dan 156 kes baru semalam.
Ini bermakna jumlah orang yang sembuh telah melebihi kes baru dalam 3 daripada tempoh 4 hari yang lalu.
Dengan itu, jumlah pesakit Covid yang masih dirawat telah turun 63 dari 2,596 orang pada hari Ahad ke 2,533 orang hari ini.
Jumlah kes Covid baru sebanyak 109 hari ini juga adalah angka yang paling rendah sejak 24hb Mac - iaitu 16 hari dahulu.
Kita terus #dudukdirumah supaya trend menurun menjadi ketara.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.