Thursday, March 19, 2020

Rupa Covid 19

Ini adalah bentuk novel corona virus 19 (covid-19) yang sebenar. Bukan macam yang dok sebar rupa semut pun bukan, labah labah pun bukan.

Novel tu maksudnya baru, corona tu maksudnya virus ni dari famili corona. Banyak jenis corona virus ni. Antibodi badan manusia sudah immune dengan banyak jenis  virus corona sebelum ni. Jadi ianya tidak mendatangkan masalah yang serius pada badan kita.

No 19 ni  pulak merujuk pada tahun virus ni dijumpai. Novel corona virus 19 ini sudah bermutasi dari virus asal sehingga mengakibatkan antibodi badan manusia belum biasa menghadapi virus jenis ini. Bagi warga yang berusia lebih 50 tahun keatas dimana tahap imunisasi badan semakin menurun, ianya mudah tewas kepada virus ini. Ianya membiak dengan cepat yang mengakibatkan radang pada sistem pernafasan.

Rawatan yang diberikan kepada pesakit yg terkena dengan covid-19 ini adalah merawat simptom yang dialami oleh pesakit, seperti batuk, selsema atau demam sahaja. Rawatan untuk membunuh virus covid-19 masih belum ditemui lagi.

Jadi apa yang perlu kita lakukan? Sebaiknya cuba mengelak dari terjangkit covid-19 dengan mematuhi arahan pakar perubatan. Antaranya adalah mengamalkannya mencuci tangan, social distancing dan mengelak dari berada ditempat orang ramai berkumpul.

Rupanya yang cantik bukan untuk di hampiri, tapi cuba jauhkan diri seperti kita sering berdoa pada Allah untuk dijauhkan dari Dajjal.

Sumber rujukan:

1.Dr Syazwan 
2. Dr Zabidi.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.