Wednesday, March 25, 2020

COVID 19 - Maklumat terkini, 25 March 2020



TERKINI: 172 kes baru dilaporkan menjadikan 1,796 kes seluruhan termasuk 199 yang telah sembuh.

45 pesakit dirawat di ICU termasuk 34 menggunakan alat bantuan pernafasan. 

Drpd 172 kes baru, 71 dari kluster perhimpunan di Sri Petaling selebihnya kluster lain yang dlm siasatan.

Jumlah kematian akibat #COVIDー19 di Malaysia setakat ini ialah 19 orang. 

16 lagi pesakit #COVIDー19 telah sembuh dan dicaj hospital.

Ini menjadikan 199 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital, setakat ini. 

73 anggota kesihatan KKM positif #COVIDー19, punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM. 

47 kes berkaitan majlis perkahwinan yang turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh. 

Lain-lain - sejarah ke luar negara dan kontak rapat pesakit.
Kakitangan hospital yang dijangkiti #COVID19 melibatkan:

Hospital Teluk Intan, Perak,  seramai 37 orang.

Selebihnya di Hospital Putrajaya, Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Selayang.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.