Hari pertama Perintah Pergerakkan Terhad ..
suasana di Tanah Rata dan Ringlet dan Bertam Valley pagi tadi masa masuk kerja..
Pekan Tanah Rata tidaklah terlalu lengang.Masih ada kereta ke sana sini.
Tanah Rata - rata2 kedai biasa tutup. Kedai makan Mamak , India, Starbuck masih dibuka tapi hanya take away. Hanya meja makan diluar kedai tanpa kerusi.
Kedai Makan Melayu yg saya nampak banyak yg tutup...
Stesen Mardi -tutup
Bharat Tea @ Cameron Valley Tea tutup . Tapi kelihatan 6 buah kereta pelancong masih singgah Untuk ambil gambar ladang teh di Tea Shop 2.
Perjalanan ke Lembah Bertam masih banyak berselisih dengan kereta naik dan turun.
Kedai Makan Sinar Pagi dan roti canai tutup.. habis port brekafast saya...
Ringlet - banyak kedai pun tutup. hardware pun tutup...
Bertam Valley - Banyak kedai tutup termasuk kedai makan Highlanders yg selalu penuh...
Petani2 di kebun2 sayur masih kerja ...memastikan bekalan makanan kepada anda di sana berterusan .... termasuk saya dan rakan2 sekerja.. Lori dan landrover sayur masih kelihatan keluar masuk dan lori peraih sayur masih ada dikawasan biasa mereka.. Jangan risau.... kami berkhidmat untuk anda.. anda tidak akan keputusan makanan khasnya sayuran segar dari bumi Cameron Highlands... kami kan tergolong di dalam kategori senarai 25 yang tidak akan ditutup iaitu 'Food Supply'.
kami pun dah cari stok Maggie aje untuk makan tengahari ... jangan mengeluh.. kena adjust apa yg patut..
Semoga urusan COVID 19 dipermudahkan urusan pengawalan dan juga pencegahannya ...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.