Saturday, February 1, 2020

Terima kasih...


Terima kasih kepada pelancong yang datang bercuti Tahun Baru Cina baru-baru ini dan sudi  menggunakan mereka berdua ini di lokasi tumpuan bergambar di Habu Ringlet.

Walaupun masih belum boleh diberikan markah penuh kerana masih ada yangg membuang sampah di sekitarnya, namun melihat mereka berdua ini sentiasa penuh setiap kali musim bercuti sejak kali pertama mereka dipasang iaitu Khamis 21 November 2019 yang lalu sungguh mengharukan. 

Ini adalah menifestasi anda memberikan mereka penuh dengan limpahan kasih sayang anda kepada daerah unik ini. 

Terima kasih kepada yang menghargai kehadiran mereka berdua dan anda memang menghayati 'I ❤ Cameron Highlands'  seperti landmark statement di situ.. 


Anda selayaknya bergambar, berbangga dan teruja. 

Yang masih belum atau masih menangguhkan rasa  ❤ sepenuhnya, moga-moga kunjungan anda di masa hadapan akan berbekalkan penuh rasa sayang untuk dicurahkan kepada daerah kami ini...

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI



No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.