Inilah kenderaan tentera yg d tembak oleh pengganas komunis d ulu Legong tahun 82.mengakibatkan 9 anggota terbunuh Perut ditoreh, isi perut sengaja diburaikan, kemaluan dipotong, mata dicungkil, kepala hancur dek peluru yang bersarang, jenazah dilentangkan di atas jalan, diikat pada wiper kereta dan lain-lain. 7 orang perajurit terkorban dan jenazah mereka dizalimi sezalim-zalimnya. Serang hendap ini menjawab persoalan siapakah sebenarnya pengganas komunis? Adakah mereka pejuang kemerdekaan atau manusia berhati iblis dan berperilaku binatang?
Seperti diceritakan dalam buku Serang Hendap Ulu Legong oleh Lt. Kol Mohd Radzi Abd Hamid;
Anggota pertama iaitu Prebet Md Merdeka [pemandu trak] Volvo Mortar 2 tan, mayatnya telah dibogelkan dan diikat pada pengelap cermin trak. Telinganya pula dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup. Manakala kemaluannya dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cerut. Kejam!
Mayat kedua, Lans Kopral Hashim [ketua kumpulan], badannya bersarang dengan hampir 25 butir peluru. Ketika diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tidak ada pinggang. Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan yang bertubi-tubi. Otaknya berterabur di atas jalan. Kedua-dua matanya dicungkil dan dibuang hilang entah ke mana. Mayatnya juga dibogelkan lalu diletakkan terlentang di atas jalan. Kemaluannya juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya. Zalim!
Mayat ketiga iaitu Prebet Jamil TK terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk; terlungkup dan seluarnya dilondehkan. Mayatnya disula dengan ranting-ranting pohon senduduk. Kedua-dua belah daging punggungnya hancur dek tembakan bertubi-tubi. Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan. Binatang!
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.