Musim tengkujuh bermula dari November ke Januari setiap tahun. Bahaya menanti kerana ada taburan hujan yang lebih yang lebih tinggi dan kerap kerana dilanda angin monsoon timur laut setiap tahun dari Laut China Selatan.
Akan berlaku hujan lebat berpanjangan yang boleh mengakibatkan banjir dan bencana alam lain seperti tanah runtuh dan ribut. Ianya merbahaya untuk semua aktiviti luar seperti pendakian gunung dan juga berkelah di sungai.
Di Cameron Highlands atau Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri telah menutup semua Taman Eko Rimba dibawah jagaan mereka serta membekukan permit memasuki dan melakukan aktiviti pendakian.
Untuk keselamatan semua. Cegah sebelum parah.
Namun masih ada yang akan degil dan engkar pada arahan ini. Mereka akan tetap melakukan aktiviti luar ini kerana musim cuti katanya.
Semoga mereka mendapat hukuman yang ditetapkan jika ditangkap oleh Renjer Hutan kerana jika dibiarkan, akan menyusahkan banyak pihak untuk menyelamatkan mereka kelak.
#JomBeringat
Bermula akhir bulan Oktober 2019 hingga Mac 2020, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan berlaku Monsun Timur Laut yang menyebabkan hujan lebat dan seterusnya kejadian banjir.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak bercuti atau melakukan aktiviti riadah di tempat-tempat berisiko sepanjang musim hujan ini sebagai langkah keselamatan.
Antara tempat yang perlu dielakkan adalah seperti kawasan tanah tinggi, berbukit, sungai, air terjun dan pantai.
Kawasan tanah tinggi dan berbukit mempunyai risiko hakisan terutamanya ketika hujan. Manakala kawasan sungai, air terjun dan pantai berpotensi berlakunya kejadian arus deras dan paras air meningkat secara tiba-tiba disebabkan oleh kepala air dan banjir.
Selain itu, pemantauan terhadap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak juga perlu diambil perhatian. Pastikan mereka tidak sesekali mendekati kawasan seperti yang dinyatakan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kredit gambar: Berita Harian dan New Straits Times
Dari Facebook : Polis Di Raja Malaysia.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.