Tuesday, October 15, 2019

Tips Bercuti ketika Penamat Tour Of Peninsular 2019 Peringkat Keempat Sungai Koyan ke Tanah Rata

Jika anda berada di Cameron Highlands pada pagi 18 Oktober 2019 ini yakni hari Jumaat, anda berpeluang menyaksikan aksi Garisan Penamat Tour Of Peninsular 2019 untuk kayuhan Peringkat keempat.


Peringkat Keempat Tour of Peninsular ini menyaksikan kayuhan sejauh 89.5 km bermula dari Felda Sungai Koyan ke Tanah Rata. 


Kayuhan akan mula dilepaskan pada tepat pukul 8.30 pagi di Sungai Koyan dan dijangka tiba di garisan penamat di Tanah Rata pada pukul 11 pagi. 

Terdapat 2 zon pecutan iaitu di km 40. 3 di Kampung Tiat dan di km 62 Kg Leryar. Manakala zon pendakian pula di km 78 Ringlet dan garisan penamat iaitu km 89.5 Tanah Rata


Kawasan penamat di Pekan Tanah Rata adalah di hadapan kawasan tempat letak bas persiaran berhadapan dengan dengan barisan kedai Klinik Ayob. 



Olahan dari sumber ; Tour of Peninsular 2019

TIPS PERJALANAN BAGI PELANCONG: 

Jadi rancanglah perjalanan anda jika anda berada di Pekan Tanah Rata pada pagi 18 Oktober 2019 atau sedang menuju ke Cameron Highlands pada hari tersebut dari arah Felda Sungai Koyan atau Jalan Tapah Ringlet. 

Bagi mereka yang datang ke Cameron Highlands dari arah Lojing, Kelantan atau Simpang Pulai Perak, anda disarankan menghabiskan masa lawatan anda ke kawasan sekitar Kampung Raja hingga ke Pekan Brinchang sahaja terlebih dahulu sehingga waktu petang. 

Kesesakan dijangka pada waktu pagi kerana laluan masuk ke Tanah Rata dari kedua arah baik dari Ringlet atau Brinchang akan ditutup. 

Kalau masa Le Tour De Langkawi kesesakan sehingga ke Pekan Brinchang bagi mereka yang nak masuk ke Tanah Rata sehingga pukul 4 petang masih tersangkut. Kali ini mungkin pendek sikit sebab waktu ketibaan peserta pada pukul 11 pagi. 

Tak perlu terkinja-kinja nak check in hotel atau homestay di Tanah Rata pagi itu atau nak ke Bharat Tea dari arah Brinchang. 

Pesanan ikhlas ni. Jangan nanti ada yang komen di facebook pasal terperangkap dalam kesesakan akibat penutupan jalan raya ini. 

Untuk perincian penutupan jalan raya, saya ulangsiar sekali lagi Notis Makluman Penutupan Jalan Raya di bawah ini... 



Selamat melancong dan kepada peserta dan penyokong Tour of Peninsular 2019, selamat berkayuh ke Cameron Highlands... 

PESANAN PENAJA:
Malam 18 Oktober 2019 ada Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Brinchang dan esoknya 19 Oktober 2019 pula Kuliah Dhuha di Masjid Abu Bakar Tanah Rata. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.