Friday, October 4, 2019

Kisah Homestay ...

Saya kongsikan sedikit isu homestay. Ini bukan hanya di Cameron Highlands sahaja tetapi seluruh dunia rasanya. 

Asas kes: Sewa homestay yang limit jumlah penginap tertentu sahajamacam 12 orang mengikut bilik sedia ada. 

Penyewa bawak masuk 4 kereta sekitar 24 orang penginap.

Pemilik mestilah bising dan menegur dan penyewa pula mestilah kata hak mereka. 

Jadi masing-masing nak menyatakan hak. 

Jadi siapa yang betul dan siapa yang salah dan lebih berhak....

Untuk makluman, saya tiada homestay dan sangat jarang menyewa homestay sebab kurang berjalan. Kurang berkemampuan....


saya kongsikan pula komen dari salah seorang penyewa yang bertimbang-rasa... katanya ... saya tak kenal ya.. 

Yang komen penyewa-penyewa dalam catatan selanjutnya .

Baca dan hadam dan fikir sendiri. Tak perlu jadi jaguh papan kekunci di sini ya... 

Jangan marah ya... saya kongsikan aje... bak kata orang Copy Paste sahaja dan semata.....

************

Tipu homestay nih, memang benda biasa berlaku tiap hari. Cuma bila baca tang komen, aku tak sangka majoriti Melayu Muslim cuba normalisasikan perbuatan nih..

7 Shocking Facts About Malaysian and Our Attitude in Regards to Homestay (#2 Paling Power) 


#1 - Sub-standard

Many Malaysian think that homestay ini tak ada standard berbanding hotel. Kalau hotel cikai-cikai pun, kurang-kurang 3 star. Homestay dia akan terus pergi sub-zero star. 

Therefore, we tend to "create our own rules" when it comes to homestay. Contohnya, sewa satu rumah dan bawak satu kampung duduk. 

Rumah untuk 8 orang, sampai satu bas persiaran masuk. Gilaa ke apa? 

Check-in dan check-out juga nak ikut timing sendiri. "semalam saya check-in lewat pukul 10 malam, jadi harinih saya nak check-out pukul 10 malam!" 

Bila tak bagi, dia persoalkan macam rumah itu Mak Bapak dia yang punya. 

#2 - Yang Haram tuh Babi dan..... 

Orang Melayu nih sangat menitik beratkan soal halal-haram. Tapi haram itu terhad hanya pada babi saja. Dan Cina.. 😆😆

Bila kita menzalimi Tuan Rumah dengan menginap dalam jumlah yang lebih daripada yang dibenarkan, kita tak rasa pun perbuatan tuh haram.

Malah ada yang menunggang agama "kalau kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita". Anjirrrr lhoo!

Walaupun kau cuma bayar untuk "rumah jer" dan bukannya makan minum. Kau tahu tak, air paip yang kau guna untuk bancuh kopi tuh tetap haram tauu..

Ya, bukan hanya Xin Fu Tang yang diragui kehalalannya. Air paip homestay pun diragui kehalalannya. Ambil wudhu' pakai air haram woih. MasyaAllah. Bertaubatlahh!

# 3 - Homestay tak boleh diassociatekan dengan Luxury. 

Kalau kita bukak Airbnb, ada homestay-homestay yang dikategorikan sebagai Airbnb Plus dan Airbnb Luxe. Yang terdekat dengan kita, ada banyak di Bali. 

Yang masuk dalam kategori ini, biasanya adalah homestay-homestay yang mewah dengan servis yang paduuu. 

But that's not the case in Malaysia. Homestay mestilah murah, harga mestilah dibawah RM250 dan boleh memuatkan babi berkandang-kandang. 

# 4 - Kedai Perabot Terpakai. 

Kebanyakan homestay di Bali contohnya dipenuhi dengan hiasan menarik dan mewah. But that's not happening in Malaysia. No way! 

Kita tak boleh salahkan owner 100%. Sebab perangai tak semenggah rakyat Malaysia sendiri yang suka duduk macam sardin yang menyebabkan owner terpaksa mengawal risiko dengan meletakkan perabot second hand atau "buangan" dari rumah lama.

# 5 - Wedding of The Year dengan budget senipis kulit bawang.

Selain hotel, homestay juga dipilih menjadi lokasi perkahwinan.

Bukan saja tak perlu nak kemas rumah, tapi depa boleh mengadakan majlis gilang gemilang dengan kos hanya serendah RM200 satu malam.

Yang sengsara, owner homestay.

# 6 - No Future

Bisnes homestay ini dianggap bisnes geli-geli, bisnes hujung minggu saja. Tak berbaloi untuk dijalankan secara fulltime. 

Hasil dari pemikiran beginilah yang melahirkan "homestay perabot terpakai" dan juga tetamu yang tak beretika.

Sedangkan, ada orang Cina yang berjaya buat RM300 ribu setiap bulan dengan homestay. Kenapa kita cuma buat pat lima ratus jer?

# 7 - Cleaning Fee

Ramai yang fikir, hanya kerana ada caj cleaning fee, depa "entitled" untuk menyepahkan rumah.

Yang depa tak tahu, tujuan caj cleaning fee tuh adalah untuk;

1. Mengasingkan rate sewa dengan rate yang perlu dibayar pada cleaner.

2. Merendahkan harga homestay. Ya, cleaning fee boleh jadikan homestay lebih murah. Macam mana? 

Sebab kalau kita book di Airbnb contohnya, cleaning fee tuh dikira sekali sahaja. Jadi kalau kita book 5 - 6 malam, harga rumah tuh jadi lebih murah lah sebab kita cuma perlu bayar servis pembersihan sekali sahaja.

Kalau diabsorb dalam harga bilik, kita terpaksa bayar cleaning fee tuh untuk setiap hari yang kita menginap, walaupun owner tak sediakan servis housekeeping pun. 

Atas sebab "ignorance" dan perangai tak semenggah kita inilah, dulu pernah tular kes rakyat Malaysia yang berak kat tempat shower homestay di Jepun.

Itu tak layak dipanggil rakyat Malaysia. Lebih layak dipanggil binatang. 

Kita juga terlepas peluang untuk menginap di tempat yang unik sebab ramai owner yang reluctant untuk kongsikan rumah mereka yang lawa-lawa tuh kat kita, sebab perangai tak semenggah kita nih. 

..... 

Kewujudan Airbnb dan juga platform sharing economy macam Grab ini adalah rahmah buat customer dan juga owner.

Sebab dua-dua pihak ada tanggungjawab. Owner bertanggungjawab untuk menyediakan servis yang terbaik. Dan pelanggan pula bertanggungjawab untuk tidak menyalah gunakan perkhidmatan.

Meninggalkan homestay atau hotel dalam keadaan baik juga adalah salah satu dari tanggungjawab customer. 

Pelanggan akan di review selepas menginap. Jadi owner boleh memilih pelanggan sebab sekarang ini "customer is NOT always right".

Jadilah pengguna yang bertanggungjawab. Kalau kita tak dapat harumkan nama Malaysia pun, tidak lah kita berak merata dan membusukkan nama Malaysia. 

Hasan Suyat,
Pelanggan yang considerate

p.s : tak bertanggungjawab kalau bontot kau terluka.. 😆😆

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.