Saya nak kongsikan satu acara larian yang bagi saya sedikit berbeza di sini iaitu RUN FOR LEMOI anjuran akhbar KOSMO bersempena ulangtahun ke 15 mereka.
Tarikh pengajuran Larian For Lemoi 23 dan 24 November 2019.
Larian Run For Lemoi yang berkonsepkan Merentas Desa ini melibatkan dua kategori jarak larian iaitu 25 km dan 50 km yang bermula di Dewan Orang Ramai Lembah Bertam dan jika ditanya kepada saya apakah bentuk laluan larian kali ini, saya dapat mengagak akan melalui Pekan Lembah Bertam sejauh 5 km sebelum memasuki simpang ke Pos Lemoi.
Di sini anda akan melalui kawasan kebun sayur tradisonal sebelum memasuki kawasan hutan simpan sepenuhnya dengan permukaan jalan berubah dari Tar kepada konkrit dan crusher run.
Selebihnya anda lawati sendiri laman web dan facebook atau instagram penganjur serta mendaftarlah jika berminat dan ingin merasai cabaran di acara Run For Lemoi ini.
Facebook Rasmi mereka di sini https://www.facebook.com/KosmoLOTTORun/
Saya tak sanggup rasanya ... maklumlah jiwa tak kental...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.