Gambar Kredit : Transport Cameron |
Bagaimana kunjungan anda semalam?? Dengar-dengar sesak ke semua bahagian.. Tapi dua minggu lepas masa cuti Merdeka lebih padat dan kronik jika dibuat perbandingan.
Apapun jangan pelik kenapa sesak. Ia adalah berpunca dari rahmat kunjungan 1.44 juta pelancong jika dilihat pada tahun 2018... Statistik 2019 kita nantikan tahun hadapan.
Perancangan bandar dan daerah kena lebih mapan dan berorentasikan mesra pelancong dengan kemudahan yang lebih baik. Tak perlu tunggu lama sebab dalam Draft Rancangan Tempatan Penganggantian 2030 ada jelas meletakkan Perlancongan sebagai yang teras ketiga kalau tak silap.. Tapi 2030 jauh benar masanya...
1.44 juta pelancong yang berbelanja di sini pasti tak salah dan merugikan jika kemudahan perlancongan domestik dinaiktarafkan. Manfaatnya penduduk tempatan turut sama berkongsi merasainya. Masakan tidak jika ada projek berkaitan kemudahan dan tarikan perlancongan seperti taman warisan dan sebagainya pastinya penduduk tempatan dapat merasainya sikit-sikit dihari biasa walaupun bukan niat dibuat untuk kami di sini.
Lampu hiasan dan jalan raya yang lebih haik juga akan kami rasainya walaupu khusus kepasa pelancong yang berpuluh kali ganda jumlahnya dari kami yang sekadar 36 ribu sahaja. Kami mohon menumpang ya ...
Lampu hiasan dan jalan raya yang lebih haik juga akan kami rasainya walaupu khusus kepasa pelancong yang berpuluh kali ganda jumlahnya dari kami yang sekadar 36 ribu sahaja. Kami mohon menumpang ya ...
Yang penting buat semua pelancong yang hadir ke bumi daerah bertuah ini. Buatkan mereka rasa berbaloi dengan harga dan kunjungan percutian ini.
Kepada penduduk tempatan kita kan dah alah dengan suasana sebegini... Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai kan.. samalah..cuma kita khabarkan juga la bahawa had kesabaran ada batasnya jika berhadapan dengan pelancong yang tidak budiman..
Pokok pangkalnya toleransi.. berhemah dalam apa jua aktiviti.
Kita hargai semua anggota Polis Di Raja Malaysia Cameron Highlands yang bertungkus lumus di dalam kabus dan jerebu dalam tugasan kawalan trafik setiap kali cuti..
Kita hargai juga petugas Majlis Daerah Cameron Highlands yang turut sama bertugas di lapangan masing-masing di Kea Farm dan Pasar Malam popular di Malaysia iaitu Pasar Malam Cameron Highlands.
Kita hargai juga JKKK ke apa nama terkini mereka di Kg Taman Sedia yang sama tegak berdiri mengawal lalulintas dan parkir di kawasan kampung kesayangan. mereka.
Kita hargai juga Jawatankuasa Masjid baik Masjid Kayangan di Brinchang mahupun di Masjid Abu Bakar Tanah Rata serta Masjid Al Huda, Kg Raja dan Masjid Annur Ringlet yang terbuka menerima khairiah musafir mereka menggunakan kemudahan di sana. Bab kepala paip tercabut dan rosak mereka senyapkan aje.
Nanti kita tanya SW Corp, Alam Flora dan Pengurusan Sisa Pepejal berapa pertambahan jumlah sisa buangan diuruskan mereka. Hari Isnin dan biasanya selepas cuti tugas mereka bertambah berganda-ganda.
Ramai lagi kita nak tanya tapi tak sempat la pulak. Apa yang penting kita hargai semua pihak yang telah secara sedar ataupun tidak, rela atau terpaksa, membantu perjalanan 1.44 juta pelancong ke Cameron Highlands setiap minggu tanpa diberikan sebarang pingat dan penghargaan.
Terima kasih kepada mereka dan terima kasih kepada anda yang menjadi pengunjung membawa rahmat...
Adakah anda di kalangan 1.44 juta pelancong tahun lepas???
Saya telah kongsikan maklumat kehadiran pelancong ke Cameron Highlands dalam catatan berikut:
- Jumlah Pelancong tahun 2015
- Jumlah Pelancong tahun 2014
- Rekod Kehadiran Pelancong ke Cameron Highlands
- Jumlah Pelancong Asing ke Cameron Highlands 2016
- Jumlah Pelancong Tempatan ke Cameron Highlands 2008-2016
- Analisa Kehadiran Pelancong ke Cameron Highlands 2016
- Jumlah kehadiran pelancong ke Cameron Highlands 2016
- Jumlah Kedatangan pelancong ke Cameron Highlands 2017
- Jumlah Kedatangan pelancong ke Cameron Highlands 2018
- Terima kasih atas kehadiran anda ...
- Jumlah kedatangan pelancong ke Cameron Highlands 2005-2018
Gambar saya cilok dari Cameron Transport... anda mesti cuba pakej pemgembaraan alamnya di sini.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.