Burung ini dah 3 bulan saya pening nak cari namanya sebab saya sangkakan ia adalah dari keluarga Kedidi atau Sandpiper. Tapi ia lebih menghampiri kepada keluarga rapang atau plover.
Saya rasa ia adalah burung Rapang Gelang Kecil atau Rapang Biji Nangka. Cuma burung ini pada peringkat juvenile atau muda.
Jadi saya kisahkan dahulu kisahnya sebagai Rapang Gelang Kecil. Jika dibetulkan saya betulkan kemudian. Dah 3 bulan tak boleh nak 'move on' ni.
Burung ini dalam bahasa enggeris sebagai Little Ringed Plover manalala nama saintifiknya adalah Charadrius dubius. Subspesisnya di India dan Asia Tenggara adalah Charadrius dubius jerdoni.
Burung ini ditemui di Melaka di sawah bendang di mana ia sukakan habitat sebegini, berair, berpaya dan berlumpur.
Paruhnya pendek sahaja dengan bulunya bewarna kelabu perang dan jika peringkat dewasa ianya mempunyai gelang hitam di leher.
Burung ini tidak besar saiznya sebesar tapak tangan.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.