Saya rasa ini burung Kedidi Sawah atau nama lainnya Kedidi Kayu.
Cuma warnanya tidak segelap yang saya rujuk dari laman web burung-burung. Kalau salah ID burung saya betulkan kemudian ya.
Burung ini bahasa enggerisnya adalah 'Wood Sandpiper' dan nama saitifiknya adalah Tringa glareola yang bertelur di negara EuroAsia tetapi akan berhijrah ke sekitar Afrika Selatan, Asia Tenggara dan Asutralia di musim sejuk.
Ia dikategorikan sebagai Wader yang mana mempunyai kaki yang panjang dan berhabitat di kawasan yang berlumpur dan berair.
Burung ini mempunyai paruh yang sederhana panjang dan jika anda google burung yang sekelasnya, ada yang lebih panjang lagi paruhnya.
Ia mencari serangga dan cacing di kawasan berair sebagai makanannya.
Burung ini tidak pernah saya temui di Cameron Highlands tetapi sawah padi di Melaka. Yang ada di Cameron adalah Common Sandpiper yang saya temui beberapa kali dan terkini minggu lepas.
Ia berda agak jauh dan sekadarnya sahaja gambarnya kerana lensa yang pendek.
Cuma warnanya tidak segelap yang saya rujuk dari laman web burung-burung. Kalau salah ID burung saya betulkan kemudian ya.
Burung ini bahasa enggerisnya adalah 'Wood Sandpiper' dan nama saitifiknya adalah Tringa glareola yang bertelur di negara EuroAsia tetapi akan berhijrah ke sekitar Afrika Selatan, Asia Tenggara dan Asutralia di musim sejuk.
Burung ini mempunyai paruh yang sederhana panjang dan jika anda google burung yang sekelasnya, ada yang lebih panjang lagi paruhnya.
Ia mencari serangga dan cacing di kawasan berair sebagai makanannya.
Ia berda agak jauh dan sekadarnya sahaja gambarnya kerana lensa yang pendek.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.