Kalau musim raya, saya rasa inilah burung yang paling sinonim dengan kanak-kanak kerana namanya minta duit...
Jadi sempena Hari Raya Korban esok, saya kongsikan gambar-gambar "Burung Rapang Minta Duit".
Cuma gambar ini saya rakamkan semasa raya puasa ketiga atau keempat yang lalu di Melaka. Saya belum pernah jumpa burung ini di Cameron Highlands setakat hari ini.
Burung ini turut dikenali dengan nama tempatan 'Burung Rapang Duit', Manakala panggilan Engerisnya sebagai 'Red-wattled Lapwing'.
Nama saintifiknya adalah Vanellus indicus dan sub spesis yang ditemui sekitar Semanajung Malaysia adalah 'Vanellus indicus atronuchalis".
Ia biasa berada dikawasan paya atau kawasan beraiar yang terbuka seperti sawah padi yang sedang dimasukan air.
Burung ini lebih besar dari burung wak-wak dan selalunya agak jinak untuk berada lama dalam suatu ketika dan memudahkan untuk diambil gambarnya namun untuk tujuan pemburuan memerlukan permit khas,
Tapi buat apa nak buru burung-burung sebegini.. Tengok sahajalah ..cantik ... macam saya ambil gambar sahaja...
Terdapat beberapa lagi spesis dalam keluarga burung ini yang juga menarik untuk dilihat.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.