Burung ini amat popular dengan nama panggilan Burung Raja Udang. Namun nama tempatannya melalui pembacaan saya adalah Burung Pekaka Dada Putih, Burung Pekaka Belukar dan Burung Pekaka Dusun.
Nama enggerisnya adalah White-throated Kingfisher dan juga dikenali sebagai White-throated Kingfisher serta Smyrna Kingfisher.
Manakala nama saintifiknya adalah Halcyon smyrnensis dengan suspesis yang ditemui di Semenanjung Malaysia sehinggalah ke Mynamar dan Indochina dikenali sebagai Halcyon smyrnensis perpulchra.
Burung ini mudah ditemui di kawasan berair, berpaya, tasik, lombong, sawah padi dan juga kawasan belukar.
Burung ini mempunyai muncung paruh yang sederhana panjang dan tebal. Warna bulunya dibahagian kepak adalah biru laut manakala bahagian badannya sehingga ke kepala bewarna keperangan. Bahagian dada sehinggah ke bawah paruhnya bewarna putih yang menjadi identiti namanya.
Saya ada beberapa versi burung ini seperti di Melaka dan Ipoh. Insyallah selang masa nanti saya kongsikan versi lokasi yang berlainan walaupun sama sahaja ciri-ciri burung ini,
Sekadar nak jadikan arkib simpanan sahaja album-album burung yang pernah saya temui dan rakamkan gambarnya.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.