Burung ini belum lagi saya temui di Cameron Highlands. Di sini saya hanya menemui adik beradik sepapannya iaitu Purple Heron sahaja.
Burung ini dikenali sebagai Pucung Seriap atau Burung Bangau Air atau Burung Seriap atau Burung Serandau.
Nama saintifiknya Ardea cinerea dan subspesis yang ditemui di Malaysia Ardea cinerea jouyi yang dikalogka seawal 1758 mengikut Lineaus.
Saiznya agak besar iaitu lebih 40 inci dan menjadikan kawasan berair sebagai habitatnya seperti di sawah, paya dan sungai.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.