Burung 'Greater Painted-snipe' ini saya temui di Melaka.
Burung ini berada agak jauh sekitar 70 meter dan saiznya yang kecil juga sangat kecil dari hasil rakaman lensa pendek saya.
Bonus kali pertama saya menemuinya adalah dia bersama dua ekor anak yang masih kecil dan berenang di celahan anak pokok padi.
Burung ini dikenali dengan nama tempatan Burung Meragi.
Nama saintifiknya adalah Rostratula benghalensis dan mula dikatalogkan mengikut kaedah Linnaeus, 1758.
Burung ini dalam kelas spesis 'Waders' dan boleh ditemui di sekitar Afrika, Selatan Asia dan Asia Tenggara.
Gambar yang saya sempat rakamkan ini agak terhad kerana jauh dan sekejab sahaja sebab ada kelibat biawak besar yang berlegar di hujung sawah. Geram pula kita nak dapatkan sudut yang terbaik sempat 2 minit sahaja.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.