Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di di Cameron Highlands: Long-tailed Broadbill (Burung Takau Ekor Panjang)


Lama tak upload gambar burung.Kali terakhir sebelum puasa rasanya.

Kali ini saya temui burung yang amat menarik bagi saya iaitu 'Long-tailed Broadbill' di laman kawasan kerja saya di Lembah Bertam, Ringlet.

Tak sangka ada juga rupanya di Tanah Tinggi Cameron Highlands. Tapi dari pembacaan saya hasil perkongsian birder yang lain, burung ini memang boleh ditemui di lingkungan 500 meter dari aras laut ke atas. Saya aje tak pernah jumpa sebelum ini.

Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Hujan-hujan . Ia juga dikenali sebagai burung Takau Ekor Panjang.

Nama sainsnya ialah Psarisomus dalhousiae,

Burung ini yang menarik pada saya ialah kekemasan warna bulunya baik di kepala dan badan bagaikan ada garisan yang memisahkan warna terutama warna hitam dan kuning di kepalanya.

Saiz badanna sekitar sejengkal iaitu 20-30 cm dan yang saya temui ini agak jauh diatas namun tidak pula terlalu aktif. Cuma menunggu dia keluar dari terlindung dari dahan dan ranting.

Dan inilah pertemuan pertama kami setakat ini.







No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.