Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Jungle Myna @ Tiong Hutan

Jungle Myna @ Tiong Hutan


Burung 'Jungle Myna' ini selalu jugak saya temui tetapi macam 'Comman Myna' atau dkenali dengan nama burung Tiong Gembala Kerbau saya jarang terniat nak ambil gambarnya.

Selalunya sekadar memandang tanpa terdetik nak mengambil gambar kerana mudah ditemui.

Tapi tadi lepas Jumaat saya nampak dia asyik bermain angin di atas papan tanda. Memang seronok rasanya dia ni sambil mulutnya tak berhenti berkicau.

Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai 'Burung Tiong Hutan' atau juga 'Burung Tiong Sawah'.

Rupanya dia ada 6 spesis yang lain di Malaysia dari keseluruhannya ada 23 spesis di Asia kalau ikut pemahaman saya membaca sumber burung ini.

Nama saintifik burung ini Acridotheres fuscus dan sub-spesis yang ditemui dari Myanmar ke Thailands dan Semenanjung Malaysia adalah jenis Acridotheres fuscus torquatus mengikut Clement List.

Burung ini berwarna kelabu keseluruhan badannya dengan kepada berbulu halus hitam dan paruhnya sederhana pendek bewarna kuning.








No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.