Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Lang Hantu (Blyth's Hawk-Eagle)


Burung Lang Hantu ini saya temui kali ketiga di kawasan kerja saya di Ringlet.

Namun pertemuan pagi tadi adalah yang paling dekat yang saya boleh rapati burung ini iaitu sekitar 20-30 meter sahaja dan tak berganjak ketika saya bergerak kiri ke kanan malah ke depannya.

Kali ini juga pertemuan kami paling lama iaitu sekitar lebih 20 minit sehinggakan saya yang terpaksa tinggalkan dia dahulu kerana ada tugasan kerja yang perlu diselesaikan.

Burung ini juga dikenali dengan nama Helang Hindek Gunung.

Namanya dalam bahasa Enggeris adalah Blyth's Hawk-Eagle.

Manakala nama saintifiknya adalah Nisaetus alboniger yang sama ditemui dari Myanmar, Thailand dan Malaysia.

Burung ini bersaiz sekitar 50 cm hingga 80 cm. Berbelang hitam putih dibahagian dada dan mempunyai bulu seakan tanduk dan paruh yang pendek melengkung. Kakinya mempunyai kuku yang mampu mencengkam mangsanya dengan mudah.

Pagi tadi saya sangat berterima kasih kerana burung Lang Hantu ini seakan-akan memberikan kerjasama kepada saya sehingga hampir 300 keping gambarnya saya rakamkan ....

Jadi sebab dia tak kedekut nak bergambar, maka saya pun tak boleh nak kedekut berkongsikan gambarnya...











No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.