Cuma masa dia datang dan hinggap di dahan pokok ini, tiada kamera di tangan dan masih bersama bos. Geram tengok dia melintuk liuk di atas ranting.
Bergegas saya mengambil kamera dalam kereta sejuah 30 meter dan bila kembali hanya 5 keping sahaja gambar yang dapat ambil sebelum ia terbang tak kembali. Sakitnya hati...
Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Sambar Biru-hijau atau Burung Sambar Ranting.
Manakala bagi nama saitifiknya dinamakan Eumyias thalassinus. Bagi subspesis di sekitar Semenanjung Malaysia adalah Eumyias thalassinus thalassoides mengikut Clement List.
Burung ini bewarna biru muda yang sedikit gelap sepenuhnya dan bersaiz sekitar 15 hingga 20 cm dengan matanya berjalur hitam.
Semoga saya bertemu lagi dengannya selepas ini. Geram...

No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.