Burung Botak Asia ini bukan ditemui di Cameron Highlands tetapi sekitar Batu Gajah Perak beberapa bulan yang lalu sebelum puasa. Cuma baru terjumpa SD Card yang tercicir. Ingatkan kena turun balik untuk dapatkan gambar burung ini. Alhamdulillah.
Burung ini mempunyai panggilan tempatan yang lain seperti Burung Botak Siput dan Burung Upih Paruh Sepit.
Nama enggerisnya digelar Asian Openbill Stork atau sekadar Asian Openbill.
Manakala nama saintifiknya adalah Anastomus oscitans yang ditemui dari Benua India hinggalah ke Asia Tenggara.
Burung ini bersaiz besar sekitar 2 kaki lebih berwarna putih dengan warna hitam di bahagian sayapnya. Namanya Openbill adalah disebabkan dua paruhnya yang tidak rapat.
Burung ini mudah ditemui di kawasan lombong, tasik dan paya serta juga tepi laut kerana mencari makanan seperti ikan dan siput. Siput juga menjadi kegemarannya dan sebab itu nama gelaran tempatannya ada berkaitan dengan Siput.
Burung ini bergerak dengan pelahan namun sukar juga nak rakamkan ketika ia terbang tambahan lagi jika menggunakan lensa dan kamera yang sedikit perlahan macam saya.
Apapun cukuplah sebagai arkib simpanan saya untuk rujukan masa depan.
Seronok ambik gambar burung ini sebab saya suka dokumentarikan penemuan dan mencari info berkaitan burung-burung yang ditemui.
Jika sekadar nak lihat burung rasanya tak begitu ghairah minat mengambil gambar burung.
Jom memburung ...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.