Jangkaan suasana Cuti Tahun baru Cina di Cameron?
Saya rasa Cameron akan menerima Ramai pelancong malah dari semalam sempena cuti Hari Wilayah sudah nampak banyak kenderaan.
Di Laluan saya pagi tadi dari Hospital ke Tanah Rata, Stesen Mardi sudah ramai pengunjung sehinggakan ada yang meletak kereta di bahu jalan berbumbung sehingga ke simpang sekolah.
Yang datang dari arah Simpang Pulai atau Lojing, musim anggur di KC Kwang Grape Farm, Blue Valley sudah bermula dan boleh menjadi destinasi persingahan anda sebelum naik ke Brinchang.
Tempat makan melayu makin banyak di Taman Sedia dan di Prima Tanah Rata serta juga di Box Port.
Musim cuti, cuaca dijangka baik seperti kebiasaan TBC.
Yang ingin berekrasi, Trek pendakian Dan tapak perkhemahan serta Mossy Forest Dan dibuka semula. Dijangka padat.
Yang membeli belah di Kea Farm, jangan letak kereta di tepi jalan utama yang tidak dibenarkan. Kami tak mahu duit anda yang banyak membayar saman kerana kami inginkan kelancaran trafik di laluan ini yang berangkaian kesannya kelak sehingga ke Brinchang. Parkir kereta anda di dalam Medan Agro.
Yang meletak kenderaan, sila pamerkan Kupon meletak kenderaan. Beli sahaja Kupon sehari yakni Rm 6 dan anda tak perlu membayar kompoun RM 10 kelak.
Yang datang ke sini, minta tolong jaga kebersihan Dan keharmonian setempat. Jangan bawak motor ke atas guna lift ya.
Rakan2 peniaga, selamat berniaga. Semoga rezeki yang diperolehi nanti adalah rezeki yang diberkati tanpa perlu menggunakan harga yahudi dan balik hari ke mekah atas pelanggan dikalangan pelancung. Sikit2 lama2 jadi bukit. Inshallah....
Sekian buat masa ini. syok sendiri aje ni...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.