Tuesday, February 26, 2019

KEMBARA ILMU MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN


Inshallah moh kite ramai2.... 
untuk rekod, ini adalah kunjungan kedua Sahibul Samahah Dato Mufti ke Cameron Highlands sejak 2 tahun ini. 

Biasanya Ada jualan buku agama dimasjid hasil penulisan Dato Mufti .. 

Inshallah....

Wednesday, February 20, 2019

Info Bayaran Masuk ke Mossy Forest mulai 1 March 2019.

Dapat info Bayaran Masuk ke Mossy Forest mulai 1 March 2019. Hubungi Jabatan Hutan Daerah Cameron Highlands untuk lebih perincikan.

Setakat ini saya masih belum mendapat kepastian penjualan tiket samada melalui pejabat atau akan dibuka kaunter tiket di pintu masuk Mossy Forest. 

Caj agak mahal bagi keluarga besar namun memahami keperluan untuk menampung kos penyelengaraan dan juga pemuliharaan kawasan ini memandangkan setiap tahun ianya perlu dibersihkan. Pengunjung ke sini ibarat monyet mendapat bunga kerana mereka masuk dan membuang sampah tanpa rasa bersalah. Namun bukan semua pengunjung bersikap sedemikian.

Perlu ada pengawasan berpanjangan dan juga penyelenggaraan berterusan di sini 

Yang agak dibimbangkan akan berlaku pencerobohan di kawasan hutan mossy yang tidak dimasukan dalam kawasan lawatan terutama di laluan mendaki ke pintu masuk sini kelak.  



Saturday, February 2, 2019

Cuti Tahun Baru Cina 2019


Jangkaan suasana Cuti Tahun baru Cina di Cameron?

Saya rasa Cameron akan menerima Ramai pelancong malah dari semalam sempena cuti Hari Wilayah sudah nampak banyak kenderaan.

Di Laluan saya pagi tadi dari Hospital ke Tanah Rata, Stesen Mardi sudah ramai pengunjung sehinggakan ada yang meletak kereta di bahu jalan berbumbung sehingga ke simpang sekolah.

Yang datang dari arah Simpang Pulai atau Lojing, musim anggur di KC Kwang Grape Farm, Blue Valley sudah bermula dan boleh menjadi destinasi persingahan anda sebelum naik ke Brinchang. 

Tempat makan melayu makin banyak di Taman Sedia dan di Prima Tanah Rata serta juga di Box Port. 

Musim cuti, cuaca dijangka baik seperti kebiasaan  TBC. 

Yang ingin berekrasi, Trek pendakian Dan tapak perkhemahan serta Mossy Forest Dan dibuka semula. Dijangka padat. 

Yang membeli belah di Kea Farm, jangan letak kereta di tepi jalan utama yang tidak dibenarkan. Kami tak mahu duit anda yang banyak membayar saman kerana kami inginkan kelancaran trafik di laluan ini yang berangkaian kesannya kelak sehingga ke Brinchang. Parkir kereta anda di dalam Medan Agro. 

Yang meletak kenderaan, sila pamerkan Kupon meletak kenderaan. Beli sahaja Kupon sehari yakni Rm 6 dan anda tak perlu membayar kompoun RM 10 kelak. 

Yang datang ke sini, minta tolong jaga kebersihan Dan keharmonian setempat. Jangan bawak motor ke atas guna lift ya. 

Rakan2 peniaga, selamat berniaga. Semoga rezeki yang diperolehi nanti adalah rezeki yang diberkati tanpa perlu menggunakan harga yahudi dan balik hari ke mekah atas pelanggan dikalangan pelancung. Sikit2 lama2 jadi bukit. Inshallah.... 

Sekian buat masa ini. syok sendiri aje ni...

Friday, February 1, 2019

Pembukaan Semula Trek Pemdakian Dan Taman Eko Rimba


1 Feb 2019, rasanya Mossy Forest, Trek Pendakian gunung-ganang dan Tapak Perkhemahan Sungai Pauh sudah dibuka semula untuk kunjungan dan aktiviti rekreaksi awam selepas ditutup selama 3 bulan kerana musim tengkujuh. 

Hubungi Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands untuk maklumat dan urusan lanjut yang berkaitan.

Pesanan saya, hargai alam sekitar. Jaga kebersihan. Jangan kata diri sado dan gagah mendaki tapi nak bawak balik plastik meggi pun tak mampu.

Utamakan keselamatan, kesihatan dan kebersihan ... Dan harta benda bersama...