Sunday, January 13, 2019

PRK 078: Pertandingan 4 penjuru di Cameron Highlands


PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas.
Ia membabitkan calon Pakatan Harapan (PH); M Manogaran, calon Barisan Nasional (BN) dan Ramli Mohd Noor serta dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu.

Ia diumumkan sebaik tempoh proses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata ditutup tepat pada 10 pagi selepas dibuka 9 pagi tadi.
PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan bekas penyandang, Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Hari pengundian ditetapkan 26 Januari ini.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.