Tuesday, January 29, 2019

Bagaimana Singapore terlepas ke British


Esok, tepat 200 tahun yang lepas (29 Januari 1819), Stamford Raffles berjaya mendarat di Singapura, dalam misinya mencari sebuah pelabuhan baharu bagi Britain untuk memecah monopoli perdagangan Belanda di Asia.

Pendaratan Raffles membawa kepada 4 buah perjanjian yang mengilhak Singapura dari Empayar Johor-Riau - peristiwa yang disambut oleh warga Singapura sebagai "founding of modern Singapore".

Walaupun kebanyakan warga Singapura melihat ulang tahun "founding" tersebut yang ke-200 sebagai sesuatu historic moment yang patut dibanggakan, namun hakikatnya ia adalah lebih kepada sebuah tragedi.

Mula-mula, Raffles berjumpa dengan Temenggong Abdul Rahman untuk mendapat izin membuka pelabuhan Britain di Singapura. Itu membawa kepada perjanjian antara Raffles dan Temenggong pada 30 Januari 1819.

Tapi "tuan" sebenar Singapura ialah Sultan Johor-Riau. Sultan ketika itu ialah Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga. Namun pertabalan Sultan Abdul Rahman ada kontroversi sikit sebab baginda menjadi sultan kerana abangnya, Tengku Hussain tidak berada di samping ayahanda mereka, Sultan Mahmud Syah III ketika mangkat. By right, Tengku Hussain lebih berhak mewarisi takhta selaku putera sulung.

Tengku Hussain dan Sultan Abdul Rahman masing-masing disokong oleh Temenggong dan YamTuan Muda. YamTuan Muda di bawah pengaruh Belanda dan Belanda memain peranan aktif dalam pertabalan Sultan Abdul Rahman. Jadi Temenggong dan Tengku Hussain melihat kehadiran Britain sebagai peluang.

Justeru, Raffles menandatangani perjanjian dengan Tengku Hussain pada 6 Februari 1819 dengan janji memberi sokongan kepada baginda sebagai Sultan. Raffles juga bersetuju untuk membayar elaun tahunan sebanyak 5,000 Dolar Sepanyol kepada Sultan dan 3,000 kepada Temenggong sebagai "sewa" Singapura.

Tapi itu bukan bermaksud Sultan dan Temenggong terus "menjual" Singapura. Sultan dan Temenggong menganggap kerjasama tersebut bertujuan mengimbangi Belanda semata-mata. Malah selepas menyewa Singapura kepada Britain, Sultan Hussain dan Temenggong masih in contact dengan Belanda untuk balancing antara Britain dan Belanda. 

Takut Singapura terlepas dari tangan Britain, maka Raffles memaksa Sultan dan Temenggong untuk menandatangani Perjanjian 7 Jun 1823 yang melucut kuasa Sultan dan Temenggong terhadap tanah Singapura. Untuk cover, dia offer elaun bulanan 1,500 dan 800 kepada Sultan dan Temenggong masing-masing dan mengekalkan kuasa Sultan dan Temenggong terhadap jajahan mereka.

Selepas Britain dan Belanda mencapai kata sepakat pada 17 Mac 1824 mengenai zon pengaruh masing-masing di Nusantara melalui Anglo-Dutch Treaty, maka Britain bolehlah sembelih Sultan dan Temenggong tanpa segan silu. Belanda tak mahu kacau Britain lagi, Britain tak mahu kacau Belanda lagi. Maka Sultan dan Temenggong tidak lagi mempunyai Belanda sebagai "bargaining chip" atau "leverage" dalam diplomasinya dengan Britain.

John Crawfurd yang menggantikan Raffles (pencen dan balik kampung selepas mencapai KPI) memuktamadkan dominasi Britain ke atas Singapura melalui Perjanjian Persahabatan dan Perikatan (Treaty of Friendship and Alliance) pada 2 Ogos 1824. Nama perjanjian punyalah suci tapi isi kandungannya jahat namati. 

Crawfurd offer untuk membeli seluruh Singapura dengan membayar lump sum 33,200 tambah elaun bulanan 1,300 kepada Sultan, dan lump sum 26,800 tambah elaun bulanan 700 kepada Temenggong. Siap offer kalau Sultan dan Temenggong meninggalkan Singapura, mereka masing-masing boleh dapat extra 20,000 dan 15,000 serta pembatalan hutang.

Sultan dan Temenggong enggan, maka Crawfurd menghentikan bayaran elaun yang dijanjikan oleh Raffles. Lepas 3 bulan, akhirnya Sultan dan Temenggong akur dan menandatangani perjanjian tersebut. Temenggong ialah pembesar, di bawah beliau ada ratusan kalau tidak ribuan pengikut, kalau tak ada elaun macam mana nak sara hidup mereka. Trump pun surrender lepas 35 hari. Trump ok lagi ada duit poket sikit, ni Britain langsung memonopoli hasil Singapura dengan melarang Sultan dan Temenggong mengutip cukai dan hadiah dari para pedagang.  

Akhirnya, pada 1826, Singapura dimasukkan ke dalam Negeri-Negeri Selat, menjadi jajahan Britain sehingga tahun 1963. 

Mark Twain pesan, sejarah tidak sentiasa berulang, tetapi rentaknya sama (history does not repeat itself, but it does rhyme). 100 tahun kemudian, episod yang lebih kurang sama berlaku di sebelah Tanah Arab pula.

Pada 16 Oktober 1916, Thomas Edward Lawrence, atau lebih dikenali sebagai "Lawrence of Arabia" tiba di Jeddah untuk berbincang dengan Syarif Hussain, Raja Hijjaz yang memerintah Mekah dan Madinah mengenai kerjasama menentang Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Keluarga Syarif Hussain memerintah Hijjaz sejak tahun 1201 dan berbaiah kepada Khalifah Uthmaniyyah sejak 1517, tapi sekarang beliau rasa nak memberontak, sebab beliau rasa khalifah kat Istanbul tu dah tak ada keabsahan. Syarif Hussain pula nak try jadi khalifah, lagi-lagi dengan keturunan beliau sebagai Ahlul Bait yang dianggap mampu rally semua umat Arab di bawah satu panji.

Britain tahu pasal ni, jadi Lawrence diutuskan untuk membincangkan hal pemberontakan tersebut. Britain memberi "jaminan" mereka akan membantu Syarif Hussain mencapai cita-cita khalifah tersebut jika Syarif memberi kerjasama untuk menyerang Uthmaniyyah secara bersama. 

Tapi akhirnya, bukan saja Britain mungkir janji, malah Palestin juga tergadai. Tanah Arab yang diimpikan oleh Syarif Hussain ("dari Laut Mediterranea hingga ke Teluk Parsi") sebagai jajahan khilafah baharu di bawah beliau dipecahkan kepada 4 negara (Syria, Lubnan, Jordan, Iraq). 

Skripnya sama kerana penulis skripnya sama. Britain, master dalam "divide and conquer" telah berjaya memanipulasi tension dalaman sesebuah empayar dan merampas hak mereka step by step. 

Malah dalam kedua-dua kes, Britain guna orang macam Raffles dan Lawrence untuk mendapatkan kepercayaan pemerintah tempatan. Raffles bukan saja fasih berbahasa Melayu, mahir tulisan Jawi malah dikatakan memiliki "budi" yang mampu mencairkan para pemerintah Melayu.

Lawrence pula bukan saja fasih berbahasa Arab, pandai seni pedang Arab, malah siap berjubah lengkap ikut gaya Arab. Syarif tengok, masha Allah, macam mana tak yakin dengan "keikhlasan" Britain.

Pengalaman Sultan Hussain dan Syarif Hussain membuktikan bahawa formula bekerjasama dengan orang luar untuk menyelesai masalah dalaman tidak pernah memberi solusi, malah hanya membuka Pandora Box perpecahan bangsa dan negara. 

Realpolitik yang berasaskan logik "musuh kepada musuh saya ialah kawan" tanpa mengambil kira maslahat ada risikonya. Apatah lagi berdepan dengan musuh yang licik seperti Britain.

Sejarah menyediakan banyak lesson (ibrah) percuma untuk kita, cuma kita terlalu ego untuk belajar darinya. Sultan Hussain dan Syarif Hussain (nama pun sama, scary) learnt their lesson hard. 

29 Januari 2019. Sementara jiran di seberang laut menyambut ia sebagai titik permulaan naratif negara, kita wajar mengenang sejarah pengilhakan Singapura sebagai pengajaran kita untuk 100 tahun yang akan datang.

Friday, January 25, 2019

Jangkaan Kesesakan Trafik semasa PRK P078 Cameron Highlands


Yang bertanya adakah akan berlaku kesesakan semasa Piliharaya Kecil P078 Cameron Highlands 26 Jan 2019, Sabtu ini? 

Jawapan yang boleh saya kongsikan sekadar jangkaan saya semata-mata sahaja. 

Saya menjangkakan kesesakan akan berlaku biarpun hanya melibatkan seramai 31,639 pengundi dan jangkaan peratusan keluar mengundi sekitar 70-80 peratus namun tumpuan dan persaingan kali ini agak sengit dari suasana kempen yang telah berlangsung. 

Cuma menjadi kelegaanya adalah kawasan Parlimen Cameron Highlands ini melibatkan dua DUN yang berada di dua Daerah iaitu DUN Tanah Rata  di Daerah Cameron Highlands dan Dun Jelai di Daerah Kuala Lipis dengan taburan pengundi yang juga polanya bertaburan terutama melibatkan perkampungan Orang Asli dan Felda. 

Cuma saya jangkakan berlaku kesesakan di kawasan Cameron Highlands yang mempunyai 17 pusat mengundi untuk DUN Tanah Rata berbanding 14 di Dun Jelai. 

Dari 17 Pusat Pengundian di Dun Tanah Rata, saya melihat lokasi pusat pengundian seperti berikut boleh berlaku kesesakan trafik kerana berada dilaluan utama iaitu: 

Ringlet: SJKT Ringlet dan SMK Ringlet 
Brinchang: SJKC Brinchang 
Kuala Terla: SJKT Kuala Terla
Tringkap : SKJT Tringkap
Kampung Raja : SK Kampung Raja.

Manakala di Tanah Rata SMK Ahmad Shah kerana menjadi tumpuan selain tempat mengundi ianya juga merupakan pusat penjumlahan undi. Jika mahu ke Stesen MARDI, saya sarankan rancang pada hari Ahad.

Kawasan tumpuan pelancong seperti Kea Farm tidak terlibat dengan kawasan pusat pengundi memandangkan lokasi SJKC Kea Farm jauh ke dalam. 

Cuma Ladang Teh Sungai Palas dijangka sesak teruk memandangkan pusat mengundi di sini adalah di SJKT Ladang Sungei Palas iaitu sebelah kawasan letak kereta untuk ke Tea Centre Boh Sungei Palas. Saranan saya ialah rancang ke sini pada hari Ahad. 

Pusat-pusat mengundi dibuka sehingga 3 petang atau 5.30 petang. 

Ini sekadar jangkaan saya semata berdasarkan sembang-sembang dengan rakan-rakan setempat yang sentiasa berada di sini semasa piliharaya berlangsung. 

Rancang perjalanan anda. Jika anda terperangkap dalam kesesakan yang teruk, saya cadangkan anda ubah rancangan perjalanan dengan memilih kawasan yang tidak terlibat dengan Piliharaya Kecil ini pada hari Sabtu. 

Selamat bercuti di hari mengundi...

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-16.

الله أَكْبَرالله أَكْبَرالله أَكْبَرالله أَكْبَر


Patik Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas pemilihan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-16.

DAULAT TUANKU....
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

Sunday, January 13, 2019

PRK 078: Pertandingan 4 penjuru di Cameron Highlands


PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas.
Ia membabitkan calon Pakatan Harapan (PH); M Manogaran, calon Barisan Nasional (BN) dan Ramli Mohd Noor serta dua calon bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu.

Ia diumumkan sebaik tempoh proses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata ditutup tepat pada 10 pagi selepas dibuka 9 pagi tadi.
PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan bekas penyandang, Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Hari pengundian ditetapkan 26 Januari ini.

Saturday, January 12, 2019

Menjunjung Kasih Tuanku


Menjunjung Kasih Tuanku. 

Sultan Pahang yang kelima diisytihar sebagai Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah - Tengku Muda Pahang

Permasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta'in Billah sebagai Paduka Seri Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang dan segala Jajahan Takluknya.


بسم الله الرحمن الرحيم


Merafak sembah dan menjunjung kasih di atas permasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta'in Billah sebagai Paduka Seri Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang dan segala Jajahan Takluknya. Semoga Tuanku diberikan petunjuk dalam memerintah Negeri ini dan seterusnya menjadikan Negeri ini sebuah negeri yang diberkati dan diampuni Tuhan.

Menjunjung kasih juga kepada Paduka Ayahnda Seri Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Mu'adzam Shah kerana dengan kebijaksanaan dan kerelaan hati telah menyerahkan tampuk pemerintahan negeri ini kepada Paduka Seri Sultan yang baharu setelah menjadi Sultan dan Raja Pemerintah yang menaungi kami selama 45 tahun. Allah sahajalah yang membalas segala kebaikan yang telah Paduka Seri lakukan.

Semoga Allah merahmati dan memberkati pemerintahan Paduka Seri Sultan Pahang yang baharu ini, menjadikan negeri Pahang ini Aman dan Makmur, dan rakyatnya bersatu padu, harmoni dan saling menghormati.

Semoga Allah menjadikan Negeri ini sebuah negeri yang menggunakan hasil buminya dengan telus dan amanah, memberi nikmat dan kebaikan kepada rakyatnya, dalam pemerintahan Paduka Seri Sultan Pahang yang baharu. 

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku! 
Daulat Tuanku!

قال تعالى:
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ - (3:26)

Friday, January 11, 2019

Tips bercuti semasa Hari Penamaan Calon PRK 078.


Esok Hari Penamaan Calon PRK 078. Bermula 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari. 

Lokasi Pusat Penamaan Calon PRK 078 kali ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Shah,  Persiaran Dayang Endah, Tanah Rata.

Yang bercuti di Cameron Highlands, sedikit tips:
1. ElakanMengunjungi Stesen Mardi waktu pagi. Silap2 parking Mardi pun akan penuh.... 
2. Check in lambat sikit di Apartment Percutian di Arabella, TM Resort, Stesen Mardi.
3. Laluan utama Persekutuan 59 di antara Tanah Rata Dan Brinchang dijangka akan bergerak perlahan walaupun pusat penamaan Calon tidak di laluan utama.
4. Habiskan masa lawatan sesi pagi  di kawasan luar Tanah Rata dahulu. Lepas pukul 2 petang boleh ke Tanah Rata. PRU yang lalu sesak sehingga 2 petang lebih disebabkan pusat penamaan Calon di pejabat Tanah Dan Daerah Cameron Highlands.
5. Selamat ke tidak berada di Cameron Highlands hujung minggu ini? Ala setakat piliharaya kecil ini rasanya ok . Polis pun bertambah ramai sejak day tiga hari ini.  Kalau ada yang naik sheikh  tu.. luku aje kepala dia ... macam la dia sorang aje  yang mengundi... 
6. Apartment Percutian masih banyak. Hotel pun banyak. Duit poket anda pun kena sama banyak..
7. Yang menjadi penyokong tu, kawal diri ya. Anda bergasak gile2 bukan anda naik jadi calon pun.. enjoy aje... selfie banyak2....  

Selamat  Bercuti.... tips kat atas ni syok sendiri aje...

Tuesday, January 8, 2019

Hari Penamaan Calon PRK 78 Cameron Highlands


Ada yg pm tanya minggu ni sibuk tak CH sebab penamaan Calon PRK 078 Sabtu ini. 

Yang Ramai nanti orang sini aje.. adalah sekumpulan penyokong yang datang sekejab.

Elakan kawasan Tanah Rata sebelum pukul 1 tengahari sebab lokasi penamaan calon. 

Jadi yang dari arah Simpang Pulai  atau Lojing, layan aje kawasan Kea Farm sampai  Brinchang ...

Yang dari arah Tapah dan Sungai Koyan habislah masa di Jalan Boh Habu sampai ke Bharat Tea sebelum naik ke TR ...