Sebelum kewujudan sistem jalan raya atau lebuh raya moden pada hari ini. Orang Melayu zaman dahulu di Tanah Melayu ini telah pun mempunyai sistem jalan darat bagi menghubungkan satu kawasan ke satu kawasan. Malah lebih mengkagumkan adalah sistem jalan purba orang Melayu ini adalah merupakan jalan pintas untuk sampai ke sesuatu kawasan.
Sistem jalan purba yang dibangunkan oleh orang Melayu zaman dahulu ini bukan sahaja berfungsi untuk sebagai laluan penghubung dari kawasan ke satu kawasan tetapi berfungsi sebagai laluan perdagangan, ketententeraan, diplomatik dan laluan harian orang Melayu pada zaman tersebut. Malah jalan purba orang Melayu ini menghubungkan jalan pengangkutan air (kapal, bot atau perahu) dengan jalan laluan darat.
Laluan Penarikan, jika kita nyatakan pada hari ini pasti ramai di antara kita yang kita mengetahui mengenainya. Malah ramai diantara tertanya-tanya nama tersebut adakah suatu tempat di Tanah Melayu ini. Untuk pengetahuan pembaca semua. Jalan penarikan ini adalah jalan purba yang menghubungkan bahagian Pantai Barat dan Pantai Timur. Dimana laluan ini memboleh orang Melayu di Melaka yang terletak di Pantai Barat pada zaman dahulu berhubung dengan Pahang yang terletak di Pantai Timur Tanah Melayu.
Jalan penarikan ini adalah jalan purba pintas yang hanya sejauh lebih kurang 600 meter sahaja. Jalan Penarikan ini terletak di Jempol, Negeri Sembilan dan ianya adalah jalan pintas yang menghubungkan Sungai Jempol di selatan dan Sungai Serting di Utara. Untuk melalui Jalan Penarikan yang akan membolehkan orang Melayu zaman dahulu berhubung antara Pantai Barat dan Pantai Timur.
Mereka perlu mudik ke Sungai Muar (dari Melaka atau Pantai Barat) dan seterusnya akan bertemu dengan pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol. Seterusnya perlu melalui Sungai Jempol hingga sampai ke Pengkalan Bukit Laka dan apabila sampai ke Pengkalan Sungai Serting. Seterusnya masuk ke Sungai Bera dan seterusnya masuk ke Sungai Pahang hingga ke kuala dan pengakhiran nya di Bandar Pekan, Pahang.
Ketika menggunakan jalan pintas yang menghubung Sungai Jempol dengan Sungai Serting ini. Orang Melayu zaman dahulu perlu menarik kapal, boat atau perahu dengan menggunakan tenaga manusia atau haiwan (lembu, kerbau atau gajah). Bahagian kapal, bot atau perahu akan dialas dengan kayu balak yang bertindak sebagai mekanisme pengerak. Melalui aktiviti menarik kapal, bot dan perahu ini melalui laluan inilah maka jalan ini mendapat nama nya menjadi "Jalan Penarikan".
Kewujudan Jalan Penarikan di Jempol Negeri Sembilan untuk menghubungan bahagian Pantai Barat dan Pantai Timur Tanah Melayu ini adalah telah lama dan sebelum wujudnya kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi pada 1400M. Malah di Jalan Penarikan ini amat penting dalam sejarah peradaban orang Melayu purba di Tanah Melayu. Malah Jalan Penarikan ini ada dinyatakan dalam kebanyakkan peta Semenanjung Tanah Melayu purba yang dihasilkan oleh cendekiawan negara barat pada masa dahulu. Jalan Penarikan ini juga dicatitkan dengan banyak peristiwa penting di Tanah Melayu pada masa tersebut seperti digunakan Siam untuk menyerang Melaka, digunakan kerajaan Melayu Srivijaya bagi meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu, misi Hang Tuah membawa Tun Teja pulang dari Pahang ke Melaka dan banyak pelbagai peristiwa penting yang tidak dicatitkan dalam catatan sejarah.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.