Friday, November 9, 2018

​Tiada Sultan Melaka selepas 1511


MELAKA TENGAH - Tahun 1511 merupakan tarikh keramat yang menandakan berakhirnya era Kesultanan Melaka.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka (PSMCM), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mohd Mukmin berkata, sejak itu Melaka tiada lagi sultan.

Katanya, Sultan Melaka tidak lagi wujud setelah Portugis menawan Kota Melaka pada 10 Ogos.

"Sultan Mahmud Shah telah beberapa kali cuba menawan kembali Melaka tetapi gagal.

"Baginda akhirnya ambil keputusan berundur ke Kampar, Riau, Indonesia dan mangkat di sana," katanya kepada Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.