Monday, October 29, 2018

Pencerobohan Tanah Haram di Cameron Highlands


Saya suka membaca apa sahaja berkaitan dengan Cameron Highlands dan info serta fakta yang dikongsikan selalunya menjadi rujukan saya.

Antaranya dari YB Adun Tanah rata ini:

Q&A about the Issue of Illegal Land Grabbing in Cameron Highlands District 

By Chiong Yoke Kong (ADUN Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang) 

1)    Illegal land grabbing in Cameron Highlands is allegedly getting prevalent to the extent that the nature is affected as there is no serious monitoring? 

Answer:

In Cameron Highlands District, there are more than 2000 farmers involved in farming. Blaming solely the farmers is unfair because only some individuals are involved in illegal land grabbing. 

Secondly, after Ops Gading was conducted in 2014, as wide as 5,580 acres of land encroached and occupied illegally had been identified, and action had been taken on 4,675 acres (83.73%) of it. No farmers dared to involve themselves in illegal land grabbing in Cameron Highlands after that. 

In addition, the agricultural sector is entering hard times recently and therefore small farmers are unable to open up new farms. Apart from that, the accusation that no supervision has been conducted is incorrect because District and Land Office (Pejabat Daerah dan Tanah) Cameron Highlands has tools that are advanced enough to identified illegal land grab. 

If illegal land grabbing really happened, Pihak Berkuasa Negeri and Pihak Berkuasa Tempatan that have power over land matters should be investigated instead.

2)    Is farming the main factor of landslides in Cameron Highlands?

Answer:

If we look at the locations of the recent landslides, farming in Cameron Highlands is not the main factor of landslides. After Ops Gading was conducted, land grabbing has stopped whereas houses and commercial buildings are built rapidly. 

It is found that many constructions did not follow the Hillslope Development Guideline released by the Ministry of Housing and Local Government. Geologically Cameron Highlands was formed by a granite batholith intruding into the older sedimentary rocks. Low soil pH (acidic) of all the slopes examined decreased iron oxide content of soil which acted as a cementing agent to soil aggregates. 

This has caused the soil aggregate to become weaker and easier eroded, particularly during monsoon seasons. 

3)    Why don't the locals have confidence on Ops Gading? 

Answer:

Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands Bil.1/2017 chaired by the former Deputy Prime Minister and former Pahang Chief Minister on March 7, 2017 had decided the following: 

      I.        To support the Pahang State Government's in granting Temporary occupation licence (TOL) to famers who, for more than 10 years, have been cultivating their lands that are not exceeding 5 acres.
     II.        Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands has received 1,153 applications for TOL. Out of them, only 197 applications have been approved, 327 applications are still in process whereas 629 applications are unsuccessful as the lands are either near Sg. Terla water catchment area, overlapping with forest reserves, or Malay reserve lands applied by non-Malay applicants. The unsuccessful applicants are advised to apply for TOL for lands that are not against the law. 
   III.        A total of 66 applications, of which for more than 30 years the farmers have been cultivating lands at the area of 573-acres forest reserved land, are in the process of assessment and subsequent approval by Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. 

However, the decisions have not been delivered by Pihak Berkuasa until today.   

      I.        Based on the observation by ADUN Tanah Rata office, there is no illegal farmers who have been cultivating their lands for 10 years and that below 5 acres have obtained TOL from Pihak Berkuasa Negeri. 
     II.        Although the report shows that 197 TOL applications are approved, no farmers successfully obtained any letter of approval from Pihak Berkuasa Negeri and what's more for other applications that are said to being assessed. Farm relocation failed to be carried out by Pihak Berkuasa Negeri, and many small farmers have not received TOL as promised. 
   III.        Same situation whereby no applications are approved by PBN until today. Hence, Ops Gading is seen as a failed operation which did not help the local residents but left various negative effects to the farming activities in Cameron Highlands.    
4)    Why are the local residents afraid of Ops Gading?

Answer:

The land policies in Cameron Highlands are still disorganized, unplanned and in complete disorder. 

Farmers who have been working for 10 years have not obtained TOLs as promised in Ops Gading. Majority of the farmers did not obtain TOL renewal in short period of time and, for most of the time, are facing delays from 3 to 5 years. 

This problem has been worrying farmers because the status of their farms is inactive. There are farms with TOL and has been cultivated for 10 years and above, but are suddenly changed to Forest Reserve Land or Malay Reserve Land. The involved farmers are expelled while relocation is not carried out. Besides that, the army fully equipped with firearms will surely scare the people. Farmers also feel humiliated as there are likened to terrorists or enemies of the country. 

5)    Should Ops Gading be continued?

Answer:

I support all efforts of ensuring sustainable farming and tourism in Cameron Highlands and agrees to take actions against illegal land grabbing that are done in the recent 10 years. 

Nevertheless, I do not agree that Ops Gading should continue as this operation has already tarnished the image of the extremely corrupt Barisan Nasional government before May 9, 2018. 

The special coordinated operation has to be rebranded. Methods used by the operation has to be studied again. 

Military equipped with firearms should not be involved in the operation as we can instruct Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) to conduct monitoring visits on the ground.

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Senarai terbaru Pemilik Homestay atau Apartment Percutian sekitar Cameron Highlands.


Senarai terbaru Pemilik Homestay sekitar Cameron Highlands.

PENGINAPAN DI CAMERON HIGHLANDS SILA CALL/WHATSAAP PARA PEMILIK HOMESTAY /APARTMENT 

Senarai apartment& homestay& studio berdaftar di bawah Faecbook CAMERON HIGHLANDS GROUP

CHG 001-Siima suit Tanah rata
 011-39316321
CHG 002-Norihan kamarudin Golden hill
013-2108387
CHG 003-Dilla sherla Tanah rata
019-7503938
CHG 004-Nur syamshaera Golden hill
0199598939
CHG 005- Mohd isham Brinchang
013-2723591
CHG 006-Azimah Tanah rata
0199408573
CHG 007-Dr syed satahkatulah Golden hill
012-6080586
CHG 008-Jom jom Brinchang
017-5701740
CHG 010-Azizi Tanah rata
019-6212160
CHG O12-Ahmad Khairul Amin/Nurul Ibtihal Tanah rata
014-5346547
CHG 013-Azhari Abdul Karim Tanah rata
0122032470
CHG 014-Rose apartment kea farm
Roslinda
0176276651
CHG 015-
nurul Farhana Bt Aziz & Irwan Bin Ramli Golden hill
013-4506931
CHG 016 Nordiana bt Mohamad Nazeri.      Tanah Rata-0198132237
CHG 017 - Nurhayati bt Kamarudin.. B6 prima jaya..Tanah Rata..0199924487
CHG 018 - Nura Adila Rahimi Carnation park 
019-4473176
CHG 019 - Sue Rifqi Tanah rata
019-5564622
CHG 020 - Faizal Latif 
Tanah rata 
014-6649110
CHG 021 - Nur elieza  
Tanah rata
012-3569287
CHG 022 - Nanard Amir Tanah Rata
0175298014
CHG023 - Intan Shahira Tanah Rata-0175289293
CHG024 - Farah Amirah bt Zulkifli
K&A Homestay Cameron Highlands, Prima Tanah Rata-0143680764
CHG025 - Zarina
Dedesaku Homestay Kg Taman Sedia-0134647989
CHG026 - IZZAT PRIMA 
01159563680

Friday, October 26, 2018

Lesen Pendudukan Sementara di Cameron Highlands


#KENYATAANMEDIA 
YAB MENTERI BESAR PAHANG

Pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara (LPS) baharu untuk Cameron Highlands dibekukan sejak 2008 lagi, kata Menteri Besar. 

Menteri Besar Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini berkata, Kerajaan Negeri telah membekukan pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara (LPS) baharu di Cameron Highlands sejak tahun 2008 lagi. 

Menurutnya, keputusan tegas itu diambil bagi mengehadkan kegiataan pembukaan tanah – sungguhpun secara sah, bagi usaha-usaha pertanian oleh pekebun-pekebun sayur dan buah-buahan di sana. 

"Keputusan pembekuan LPS baharu ini diambil semasa Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar lagi, demi memelihara alam sekitar Cameron Highlands seluas 71,225 hektar. 

"Keputusan pembekuan yang sudah berlangsung kira-kira 10 tahun sekarang, masih diteruskan semasa tempoh saya ini pula," kata Dato' Sri Wan Rosdy dalam satu kenyataan media hari ini.

Oleh sebab pembekuan tersebutlah katanya, keluasan tanah yang diberikan LPS kekal seluas 2,407.40 hektar atau cuma 3.38 peratus daripada seluruh keluasan Cameron Highlands. 

Kenyataan media ini ialah susulan saranan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A.Xavier Jayakumar semalam, agar Kerajaan Negeri kedua-dua Pahang dan Perak, menghentikan pengeluaran permit baharu bagi penerokaan tanah untuk tujuan pembangunan serta pertanian di kawasan tanahtinggi itu. 

Mengenai saranan penghentian pengeluaran permit atau kelulusan baharu untuk tujuan pembangunan pula kata Dato' Sri Wan Rosdy, ia perlu dirujuk kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri untuk memutuskannya. 

Selama ini katanya, MMK Negeri yang membuat keputusan untuk memberi kelulusan ataupun menolak, bagi satu-satu cadangan projek pembangunan termasuk yang berkeluasan kurang 4.05 hektar (10 ekar) di Cameron Highlands khasnya. 

Sebelum itu katanya, cadangan projek perlu dikemukakan kepada Bahagian Perancang Ekonomi (B-PEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk penelitian oleh Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada pelbagai jabatan termasuk Jabatan Alam Sekitar. 

"Jika untuk mendapat kelulusan inipun susah – dengan melalui tapisan yang rapi oleh Jawatankuasa Teknikal; setelah kelulusanpun, pemaju projek perlu memastikan segala syarat dan peraturan apatah pula berkenaan kawasan sensitif seperti Cameron Highlands hendaklah dipatuhi.

"Sekiranya gagal, pelbagai tindakan boleh dikenakan oleh jabatan-jabatan yang berkenaan termasuklah denda, penggantungan (stop work order) dan pembatalan projek berkenaan," katanya lagi. 

Mengenai gejala penerokaan tanah secara haram di kawasan tanahtinggi yang sama itu katanya, ia masih kekal seluas 2,258 hektar atau 3.2 peratus daripada seluruh daerah tersebut. 

"Sungguhpun 2,258 hektar atau cuma 3.2 peratus daripada keluasan Cameron Highlands, tetapi Kerajaan Negeri tetap bimbang terutamanya ekoran kesan buruk yang boleh diakibatkannya. 

"Oleh sebab itulah, Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk menangani dan mengatasi gejala ini termasuk bersama-sama Kerajaan Persekutuan yang dijangka akan meneruskan kembali Ops Gading," katanya. 

Sehingga kini menurutnya, kerja-kerja penguatkuasaan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke atas kawasan yang diterokai secara haram ini telahpun melibatkan kira-kira 1,942 hektar atau 86 peratus daripada keluasan 2,258 hektar tersebut. 

Disebalik wujudnya gejala penerokaan tanah secara haram itu, Dato' Sri Wan Rosdy tetap berpuas hati tentang aspek gunatanah di kawasan tanahtinggi itu yang masih pada kadar yang sewajarnya. 

Selain tanah LPS berkeluasan 2,407.40 hektar; Cameron Highlands katanya, masih diliputi Hutan Simpan Kekal (HSK) seluas 38,418.77 hektar atau kira-kira 53.94 peratus daripada keluasan daerah ini. 

Selainnya ialah 13,568.36 hektar atau 19.05 peratus merupakan Tanah Kerajaan; 5,933.04 hektar atau 8.33 peratus, kawasan termasuk pertempatan Orang Asli; 5,655.27 hektar atau 7.94 peratus, Tanah Rizab termasuk Rizab Melayu; dan, 5,242.16 hektar atau 7.36 peratus Tanah Hakmilik.

Penutupan Taman Eko Rimba di Pahang semasa musim tengkujuh 2018


Adalah dimaklumkan bahawa Taman Eko-Rimba seperti yang tersenarai di bawah serta semua trek pendakian gunung akan ditutup daripada kunjungan awam mulai 1 November 2018 sehingga 31 Januari 2019 menjelang musim tengkujuh. 

Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan yang berlaku jika terdapat pihak yang melanggar arahan ini. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Seksyen Hutan Lipur di talian 09-5732911/2914 sambungan 280/268.

Bentong
1. Taman Eko Rimba Chamang
2. Taman Eko Rimba Lentang

Cameron Highlands
3. Taman Eko Rimba Parit Falls
4. Taman Eko Rimba Sungai Pauh

Jerantut 
5. Taman Eko Rimba Lata Meraung
6. Taman Eko Rimba Som
7. Taman eko Rimba Ulu Tembeling

Kuantan/ Pekan/ Maran 
8. Taman Eko Rimba Berserah
9. Taman Eko Rimba Berkelah
10. Taman Eko Rimba Bukit Pelindung
11. Taman Eko Rimba Jerangkang
12. Taman Eko Rimba Teladas

Lipis
13. Taman Eko Rimba Jeransang
14. Taman Eko Rimba Kenong
15. Taman Eko Rimba Terenggun

Raub 
16. Taman Eko Rimba Lata Berembun
17. Taman Eko Rimba Lata Jarum
18. Taman Eko Rimba Lata Lembik
19. Taman Eko Rimba Jeriau

Rompin 
20. Taman Eko Rimba Menchali

Temerloh/Bera
21. Taman Eko Rimba Bukit Bertangga
22. Taman Eko Rimba Gunung Senyum
23. Taman Eko Rimba Lubuk Yu

LAPORAN TERKINI TANAH RUNTUH DI BATU 51


Info terkini dari JKR Cameron Highlands mengenai laluan yang terlibat dengan Tanah runtuh do Batu 51. 

Yang malas nak cari info di mana lokasi jalan tersebut, ianya terletak di antara Kampung Raja  dan Kuala Terla.

Laluan yang terlibat jika anda dari Simpang Pulai, Perak atau Lojing, Melantak. 

Dari arah Jalan Tapah atau Felda Sungai Koyan tidak akan melalui lokasi ini.

STATUS TERKINI
*LAPORAN TANAH RUNTUH DI BATU 51, Laluan FT 59, 
JALAN KG RAJA - K TERLA, DAERAH CAMERON HIGHLANDS.

2. Status Terkini Laluan : 
Jalan telah dibuka dan kerja-kerja pembersihan masih diteruskan.Sila patuhi arahan & papan tanda arah.Kerjasama anda amatlah dihargai ,segala kesulitan amat di kesali.

Sekian. Terima kasih.

Wednesday, October 24, 2018

Tanah Gelincir di Kampung Pawong Pos Raya, Simpang Pulai

Yang bertanya mengenai gelinciran tanah di Kampung Orang Asli Pawong Pos Raya yang viral semalam sampai hari ini, saya jawab begini:


Saya tak pasti. Nak suruh saya pergi tengok saya kena memandu 70 km ke Simpang Pulai. Kalau dari Bertam Valley tenpat kerja saya kena tambah 16 km. Ni bukan mengulor kalau ke sana, membiawak waktu kerja dah tu...


Nak tanya siapa? Kampung tu dalam Daerah Batu Gajah, Perak. 

Jadi and telepon sahaja Pejabat Daerah sana atau JKR Perak untuk pengesahan. Kalau anda telepon JKR Cameron Highlands memang tak dapat sebab hari ni kami Negeri Pahang cuti.. Keputeraan  Sultan Pahang.

Jadi tanya kat yang berkenaan. Tapi kan itu Jalan ke Cameron Highlands? nak buat macamana... Dah nama Jalan Simpang Pulai-  Cameron Highlands. saya tak boleh ubah.... 94 km jaraknya...

saya kongsikan maklumat sahih Kat bawah ni:

TERKINI: Tanah beranjak di atas garis sesar purba di Pos Raya, berhampiran Simpang Pulai pada hari Selasa 23.10.2018.

IPOH: Beberapa rumah di Kampung Pawong, Pos Raya di Jalan Simpang Pulai-Jalan Cameron Highlands di sini mengalami keretakan selepas dipercayai berlakunya pergerakan tanah di kampung berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 3.03 petang sebelum sepasukan anggota diarahkan ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan di kampung berkenaan.

Katanya, bomba mendapati memang benar berlaku pergerakan tanah sehingga menyebabkan beberapa rumah mengalami keretakan kecil dan pemantauan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan pihaknya akan memaklumkan perkembangan kes itu selepas pemantauan dijalankan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak dan Kedah, Hairulnizam Abd Rahman, ketika dihubungi berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu petang tadi dan mengarahkan semua penduduk yang kediaman mereka terjejas akibat pergerakan tanah itu supaya berpindah ke lokasi yang lebih selamat.

"Setakat yang saya dimaklumkan, semua penghuni yang terbabit kini menumpang di kediaman sanak saudara di kampung berkenaan buat sementara waktu sehingga mendapat arahan yang selanjutnya daripada pihak berkuasa.

"Saya masih berhubung dengan pihak Ibu Pejabat JAKOA Putrajaya bagi mendapatkan arahan selanjutnya berhubung kejadian ini terutama dari aspek bantuan serta keperluan mangsa yang terjejas.

"Ia termasuk memikirkan kaedah menempatkan atau membina semula kediaman mangsa yang terjejas berpandukan laporan yang akan diterima daripada pihak berwajib terutama bomba.

"Jika tanah tidak lagi sesuai untuk diduduki atau kejadian itu dikategorikan sebagai bencana, kita kena cari tapak yang baharu dan bersesuaian untuk pembinaan kediaman baharu," katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Hairulnizam berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat maklumat penuh berhubung kejadian dan pegawainya akan berhubung dengan Tok Batin Kampung Pawong, Pos Raya bagi mendapatkan maklumat penuh dan seterusnya membolehkan bantuan susulan dihulurkan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, Datuk Ahmad Zukni Ahmad Khalil, berkata JMG Perak menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3 petang dan sudah menghantar pegawai untuk menjalankan siasatan di lapangan bagi mencari punca kejadian.

"Saya masih menunggu laporan daripada pegawai di lapangan dan akan memaklumkan hasil dapatan sebaik ia diperoleh," katanya.

Credit : Facebook sapa ntah...

Cerun Jalan Runtuh di Jalan Persekutuan 59 di antara Kampung Raja ke Kuala Terla


Kemaskini Kejadian Tanah runtuh di Cameron Highlands oleh pihak JKR Cameron Highlands. 

*LAPORAN AWALAN Bencana*

Jenis Kejadian : *Tanah Runtuh*
Tarikh Kejadian : *24/10/2018*
Masa : *5.00 pm*

Daerah : *CAMERON HIGHLANDS*

No. Laluan : *FT 059*
Nama Jalan : *LALUAN CAMERON HIGHLANDS*
Seksyen : BATU 51
Lokasi/Landmark : CORINA (KUALA TERLA - KAMPUNG RAJA)
Panjang Kaw. Terlibat : 80m
Status Laluan : *Jalan ditutup, hanya blh dilalui setelah dibersih

Jalan Alternatif : *Laluan dari TAPAH ke CAMERON HIGHLANDS

Punca Runtuhan: Hujan LEBAT berterusan dan Ikatan Tanah yang lemah

Catatan :
Pembaikan sementara:
*-Pemasangan TMP,
Kerja Pembersihan SEGERA, dan pemantauan berterusan dilaksanakan di lokasi tersebut

Pembaikan jangka panjang:
Laporan awal akan  dimaklumkan kepada pihak Cawangan Kejuruteraan Cerun dan dijangka cadangan untuk pembaikan kekal

Sunday, October 14, 2018

Kejadian Tanah runtuh di Cameron Highlands... kisah awal 2 terbunuh...


Saya terima beberapa pertanyaan mengenai kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands pagi tadi. 

Saya menjawab dengan tampalan berita yang sahih dibawah. Bagaimana keadaan di Cameron Highlands sekarang atau soalan keselamatan bercuti  Dan sebagainya esok sahajalah kita sembangkan. 

Sebab utamanya saya belum mendapat cerita lisan rakan-rakan yang Ada ke sana. Lebih baik kita diam kan.. tak perlu jadi kepoh sangat atau nak jadi yang pertama.  

Tapi yang ini kisah awal ketika Operasi masih berlangsung Dan 2 mangsa terbunuh manakala seorang lagi masih dalam proses pencarian. 

Baca sahaja berita di bawah ya:

********
2 maut, 1 hilang akibat tanah runtuh

CAMERON HIGHLANDS: Dua dikhuatiri maut dan seorang lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di Batu 49, Kampung Tiga, Kuala Terla, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 11.03 pagi dan menghantar dua jentera daripada BBP Cameron Highlands dan Ringlet ke lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, kejadian itu membabitkan lereng bukit yang runtuh dan menimpa sebuah rumah.

"Maklumat awal mengatakan terdapat dua wanita dewasa warga asing dipercayai maut akibat kejadian itu dan seorang lelaki dewasa masih hilang.

"Kesemua mangsa dipercayai warga Myanmar dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Hilmi berkata, setakat ini kekuatan anggota di lokasi kejadian adalah seramai 15 anggota dan akan ada pertambahan termasuk beliau sendiri dalam perjalanan ke tempat kejadian.

"Lokasi kejadian adalah kira-kira 15 kilometer daripada jalan utama di Kampung Terla dan ia membabitkan sebuah rumah yang berada di lereng bukit.

"Keadaan cuaca ketika ini tidak hujan, hanya mendung," katanya.

Saturday, October 13, 2018

Laporan Intergriti melibatkan Kakitangan MDCH


Pihak Majlis Daerah Cameron Highlands telah mengeluarkan satu poster bagaimana anda boleh melaporkan apa sahaja kesalahan melibatkan intergriti kakitangan mereka untuk tindakan Pengurus. 

Bagus tindakan ini. Lebih telus dan memudahkan semua pengguna dan pelanggan MDCH.

Jadi jika anda ada masalah berkaitan dengan intergriti seperti contoh yang dapat saya fikirkan iaitu ada permintaan rasuah, duit kopi, perlindungan, tiada tindakan ke atas kesalahan dan juga ada janji-janji yang tidak ditepati ketika berurusan dengan MDCH. 

Saya sekadar berkongsikan poster ini yang dikongsikan terlebih dahulu oleh Facebook MD Cameron.

Wednesday, October 10, 2018

Bila Jiran buat bising .....

Saya kongsikan pesanan dari pihak Polis Di Raja Malaysia mengenai gangguan kenteteramam awam di kawasan kediaman melibatkan aktiviti jiran tetangga. 

Jangan marah-marah. Jangan nak bergaduh. Dapatkan bantuan pihak Polis.

Hormati jiran tetangga kita. 

Pesanan ini juga sesuai kepada semua pelancong yang menggunakan  khidmat apartment percutian di Cameron Highlands. Berhemah dan bertimbang rasa semasa di Cameron Highlands. Tak ada siapa yang akan marah. Bercuti dengan aman.  



Friday, October 5, 2018

Parkir Berbayar di hujung minggu pertama ....


Minggu ini adalah hujung minggu pertama selepas penguatkuasaan Tempat Letak Kereta Berbayar di sekitar Cameron Highlands.

Tips kepada Pelancong:
1. Semua tempat letak kereta yang bernombor di sudut depan garisan Petak meletak kereta perlu diletak Kupon Parkir sebaik sahaja pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.... aduhai... 

2. Kadar sejam adalah 60 Sen dan tiket parkir boleh dibeli di agen-agen tiket di kedai-kedai biasa atau lebih mudah melalui mysms parkir.

3. Bagi kawasan Pasar Malam di Golden Hills Dan Medan Agro Kea Farm, caj parkir RM 3 per kereta.   errr saman Polis Trafik kalau parkir di garisan kuning Rm 150 dan bonus tambahan maki hamun pengguna jalan yang terperangkap sesak sebab laluan utama jadi sempit... 

4. Tanya kepada pemilik hotel atau apartment anda samada kawasan mereka adalah kawasan yang digazetkan sebagai parkir berbayar.

5. Yang akan dan selalu terjadi adalah apabila anda memginap di hotel dan akan keluar atau check out selepas pukul 8 pagi, anda berisiko dikompoun.  Jadi yang selalu saya lakukan adalah letakan tiket parkir awal-awal di waktu malam dan gores pukul 8 pagi bagi tarikh keesokkannya dan anggaran waktu anda akan check out. 

6. Elakkan dari kena membayar kompoun. RM 30 tu boleh beli jagung 12 tongkol..... 3 kotak besar strawberry... satu kepala pakej steamboat.... 

saya bukan MDCH ... sekadar berkongsikan maklumat syok sendiri sahaja. Jangan kecam saya... jangan tanya saya lebih lanjut... Tanya Unit Parkir MDCH ya.... 

Selamat bercuti... sehari kompoun 30 ringgit... 2 hari 60 ringgit... 3 hari 90 ringgit... cer kira berapa tongkol jagung anda boleh beli..... soalan KBAT ni...

Thursday, October 4, 2018

Mereka Syahid dalam menjalankan amanah...


Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: "Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah."

Riwayat al-Bukhari (653)

Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban. Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada' kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada'. Amin.

Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.

Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada' kami ini.

Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripada-Nya.

Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.

Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.

Al-Fatihah buat mereka. Sekali lagi, takziah buat keluarga.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ، وعافِهِمْ واعْفُ عَنْهُمْ

Amin…

Akhukum fillah,

S.S Dato' Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 Hijrah.

Pautan ke laman rasmi PMWP : https://bit.ly/2OuV5sj