Anda ingin bercuti di sini semasa bulan puasa ini serta ingin menunaikan Solat Terawih di sini.
Jangan risau. Inikan negara Islam. Masjid-masjid utama sekitar sentiasa menganjurkan solat Terawih dan majlis berbuka puasa setiap malam. Macam biasa setiap tahun.
Tak percaya? Saya kongsikan lokasi masjid yang boleh anda singgah untuk berterawih masa bercuti di bulan puasa di Cameron Highlands nanti:
Ringlet dan Bertam Valley: Masjid An-Nur Ringlet
Tanah Rata : Masjid Abu Bakar dan Surau Kampung Taman Sedia
Brinchang: Masjid Kayangan Brinchang
Kampung Raja: Masjid Kg Raja
Tidak termasuk surau-surau kecil di penempatan pekerja asing sekitar Tringkap, Kuala Terla dan Tringkap. Namun saya tak syorkan pula anda ke sana.
Selamat berterawih ... walaupun bertaraf musafir di Cameron Highlands,
P/s : kepada akak yang bertanya dua tahun lepas, ini jawapan saya ya. Kecik hati bila terima soalan di Cameron Highlands ada ke solat Terawih. Akak macam nak melancong ke Papua New Guinea gayanya..... Cameron Highlands masih dalam negara Malaysia ya kak.
Sama juga soalan yang diterima ada ke bank di Cameron Highlands.? Ada ke stesen minyak di Cameron Highlands?
Kecik besar mata membaca soalan ala Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ni...
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.