Saya balik ke kampung mertua di Melaka dan kali ini saya tak dapat nak larikan diri dari godaan kicauan burung di sana.
Saiznya lebih besar, lebih bewarna dan mudah pula ditemui di kawasankampung yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan.
Antara yang saya temui di belakang rumah mertua saya adalah burung terkukur atau merbuk ini.
Nama tempatannya adalah BURUNG MERBUK AMAN manakala nama antarabangsanya ZEBRA DOVE.
Tiada tompok berbintik hitam di leher sepertimana SPOTTED DOVE yang banyak saya temui di Cameron Highlands sebaliknya berbelang hitam putih seperti kuda belang.
Kelibatnya masih sama iaitu jinak dan selalu turun ke tanah untuk mencari makanan seperti ulat dan cacing.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Burung Terkukur Aman ini dari laman web ini yang juga menjadi rujukan saya juga.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.