Burung yang saya temui di belakang rumah mertua saya di Melaka minggu lepas adalah STRIPE-BREASTED WOODPECKER.
Nama tempatan bagi burung ini adalah BURUNG BELATUK. Namun jenis belatuknya saya tak pasti sebab tak jumpa rujukan yang berkaitan.
Saiznya kecil sahaja dengan belang putih hitam di bahagian belakang badannya serta kepalanya juga berjalur hitam di tengah.
Manakala bahagian dadanya sedikit berjalur hitam dan berwarna keperangan sedikit.
Saya temui burung ini sedang mematuk dahan pokok durian untuk mencari ulat di celahan kulit kayu yang dipatuknya.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.