Thursday, March 15, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Red-whiskered Bulbul

 Buat pertama kali saya terjumpa burung RED-WHSKERED BULBUL atau nama tempatannya dikenali sebagai BURUNG MERBAH TELINGA MERAH di Lembah Bertam petang tadi. 


Namun jaraknya agak jauh ke atas pokok dan lensa saya sekadar 200 mm sahaja. Saya jangkakan pada awalnya adalah MERBAH JAMBUL HITAM namun bila saya meneliti rujukan ianya adalah MERBAH TELINGA MERAH kerana memang terdapat warna merah di bahagian pipinya atau lebih tepat telinganya. 


Yang lebih unik tadi adalah burung ini terbang seiringan dengan merbah kapur dan pada perkiraan saya mereka ini mungkin berpasangan. 

Boleh ke? Masih lagi famili merbah cuma sub spesis berlainan sahaja. Ibaratnya Orang Jawa berpasangan dengan Orang Banjar.. masih lagi serumpun. Saya agak sajelah ... 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.