Wednesday, March 14, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Greater or Brown Coucal

Burung GREATER or BROWN COUCAL saya temui di Lembah Bertam petang tadi secara tiba-tiba.

Asalnya saya sekadar melihat jika adan burung lain namun ini adalah kali pertama saya temui burung ini di kawasan kerja saya.


Sangkaan saya ianya adalah burung gagak yang biasa ditemui di sini namun sayapnya berwarna perang ini menarik minat saya.

Carian saya di laman AVIBASE di SINI menemui secara terperinci taksanomi burung ini.

Burung ini digelar BURUNG BUTBUT atau BURUNG BUTBUT BESAR atau BURUNG BUTBUT CARI ANAK. 


Dan apabila menyebut nama BUTBUT, saya teringat minyak but but dan hasil carian di internet juga menemui rahsia  minyak butbut namun saya tak mahu kongsikan kerana saya menjaga kesinambungan warisan burung ini. 

Bak kata orang kampung saya.. 'For Your eyes only'....

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.