Cuti sekolah yang akan berlangsung pada 17 hingga 25 Mac 2018 ini biasanya akan menjadi sedikit sibuk.
Namun ada beberapa yang boleh dilihat daripada senario tahun ini. Antaranya:
- Musim cuti sekolah di tengah bulan. Gaji belum masuk.
- Musim cuti sekolah di kala penjawat awan sedang bertahan ekoran dari gaji awal bulan Feb iaitu 8 Februari 2018 yang lalu menjadikan jaraknya ke gaji Mac sekitar 45 hari.
- Yang kerja swasta mungkin nak habiskan cuti yang dibawa dari tahun lepas sebelum penamat suku pertama tahun ini bagi mengelakkan terbatal.
Jadi adakah kekurangan pelancong di Cameron Highlands. Jika dilihat dua minggu terakhir ini memang ada perubahahan sedikit jumlah pelancong jika jumlah kenderaan dan kesesakan serta kepadatan pengunjung pasar malam dijadikan tanda aras.
Namun semua boleh berubah di musim cuti sekolah kerana waktunya berlainan. Apapun pertimbangankan langkah-langkah berikut:
- Tempah tempat penginapan lebih awal. Lebih banyak homestay kini dibuka di Tanah Rata khasnya di Perumahan Makmur @ Prima di Tanah Rata yang baru dan mempunyai kemudahan lift dan tempat makan yang pelbagai. Klik catatan awal di SINI dan SINI juga
- Musim hujan sudah kembali berbandin bulan dua yang kering.Sediakan payung sebelum hujan. Catatan Tips bercuti di musim hujan di SINI.
- Tarikh 22 March 2018 akan menjadi hari sibuk di Tanah Rata kerana menjadi lokasi penamat LTDL 2018 peringkat kelima Bentong ke Cameron Highlands. Klik catatan awal SINI dan tips bercuti di SINI
- Yang dah plan nak ke Mossy Forest tu, saya kena kongsikan berita sedih ini, MOSSY FOREST DITUTUP sementara bagi tempoh tersebut untuk kerja penyelenggaraan. Pelik jugak kenapa pilih di waktu cuti sekolah yang pasti ramai orang nak ke sana. Klik Catatan awal saya di SINI.
- Ladang Anggur juga di luar musim. Kebun anggur di Lembah Bertam dah tamat baru-baru ini manakala di Blue Valley saya tak pasti. Tak percaya buah anggur dah habis? Betul.... Baca SINI.
- Pasar Malam Cameron Highlands di Golden Hills akan dibuka setiap hari bermula Jumaat 16 March hingga ke Sabtu 24 March 2018 bermula pukul 4 petang hingga 10.30 malam. Untuk panduan ke lokasi Pasar Malam ini saya kongsikan di catatan ini. Klik SINI .
- Nak pergi EKSPO? Ada dua lokasi saya dengar. Pertama Ekspo di Padang MDCH yang saya lihat agak besar dengan pentas hiburan disediakan sejak minggu ini. Manakala ekspo kedua di Tapak Letak Parkir MDCH di belakang Tanah Rata. Saya bukan penganjur!!! Jangan tanya saya mengenai tapak. Tak kenal pun sapa yang anjur..
Selebihnya akan saya tambah bila teringat apa lagi boleh dikongsikan.
Selamat melancong... bercuti di Cameron Highlands. Cuma minta tolong untuk berhemah semasa bercuti ya. pesanan lama di SINI
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.