Friday, March 2, 2018

Cameron Fair di Tanah Rata Dah Buka ke?


Ada yang tanya saya, Cameron Fair di Tanah Rata tu dah buka ke operasinya? Sebab dalam catatan awal saya ada nyatakan sekitar bulan November 2017 akan dibuka.

Klik ke catatan awal mengenai CAMERON FAIR, Klik

Jawapan saya:
Ya memang dah buka untuk operasi perniagaan mall sejak bulan DIsember 2017 iaitu Old Time White Coffee sebagai kedai pertama yang menjalankan operasinya.

Kini selepas dah masuk bulan 3, hanya beberapa outlet  yang dibuka di tingkat bawah dan 1.

Antaranya  Kafe Mossy Forest, Kafe Edora, 3 buah kedai baju, 1 buah kedai jam, 1 buah kedai aksesori telepon, sebuah restoran steamboat, sebuah kedai insuran, dua buah kedai agensi pelancongan tempatan.

Manakala di tingkat 2 dan 3 hampir kosong dan pertanyaan sesama sendiri, bilalah agaknya dapat lihat 180 outlet di sana akan dibuka sepenuhnya.

Kalau nak buka kedai kat sana anda kena la jumpa pihak pengurusan Cameron Fair dan bukan jumpa atau tanya saya ya !!...

Ada nanti tu yang akan tanya saya itu ini dan mintak 'quotation'. Maklumlah baca tajuk sahaja..... 

Juga turut dibuka adalah Hotel Avilion Cameron Highlands di tingkat 4 ke atas. 

Itu saya kongsikan kemudian. Entah ke mana gambar yang saya tangkap masa bawa anak-anak "window shopping" di Cameron Fair minggu lepas. Iskh iskh ...

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.