Thursday, March 29, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: White-headed munia

Ini adalah catatan kedua mengenai burung ini iaitu catatan pertama saya, saya kongsikan nama saintifiknya iaitu Lonchura maja. 


Kali ini saya kongsikan kembali dengan menggunakan nama tempatan iaitu BURUNG PIPIT UBAN kerana bentuk kepalanya yang berwarna putih.


Dalam bahasa enggerisnya pula ianya dikenali WHITE-HEADED MUNIA.


Saya merujuk laman web AVIBASE ini untuk mengetahui perincian burung ini secara global dan laman web HBW pula untuk perincian taksonaminya. 

Klik di SINI dan SINI untuk ke laman rujukan ini. 


Berbalik kepada burung ini, saya temuinya dalam berpasangan di mana mereka terbang mencari makanan dari bunga di hujung rumput yang kasar. Kalau di masa makan mereka, ianya mudah untuk didekati sekitar 10 meter sahaja jaraknya sebelum akan terbang jika kita lebih dekat kepadanya.  


Selebihnya saya kongsukan sahaja gambar BURUNG PIPIT UBAN ini .






Koleksi Burung di Cameron Highlands: Burung Rimba Leher Kelabu

Burung seterusnya saya temui di Cameron Highlands ini adalah BURUNG RIMBA LEHER KELABU di sekitar Perumahan Prima di Tanah Rata.


Carian saya di laman web menemui nama burung ini dalam bahasa enggeris sebagai GREY-THROATED BABBLER.


Saiznya sederhana sahaja dan ianya bergerak dengan pantas dari satu pokok ke pokok yang lain. 

Rujukan gambar yang saya temui pula di laman web yang lain agak cantik dengan posturnya yang tetap atau mungkin teknik dan peralatan kamera yang lebih canggih.


Saya merujuk ke laman web AVIBASE untuk perincian burung ini seluruh dunia dan laman web HBW ini pula menceritakan perincian taksonominya yang jelas.

Klik SINI dan SINI untuk ke laman web rujukan saya mengenai burung ini. 


You have been sent 4 pictures.


Burung Rimba Leher Kelabu.jpg
Burung Rimba Leher Kelabu 2.jpg
Burung Rimba Leher Kelabu 3.jpg
Burung Rimba Leher Kelabu 4.jpg

These pictures were sent with Picasa, from Google.
Try it out here: http://picasa.google.com/

Monday, March 26, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Blue Nuthatch

Blue Natchatch  ini say temui di hutan berdekatan dengan Perumahan Prima di Tanah Rata.

Awalnya saya menyangka ianya adalah kumpulan burung woodpecker tetapi bila merujuk di dalam laman burung saya menemui nama tempatannya iaitu BURUNG PATUK GUNUNG. 


Ia bukan bewarna hitam tetapi sebenarnya biru dengan dada dan matanya adalah putih.  Ia sangat pantas memanjat pokok dan sukar nak ikut pergerakkanya.

Rujukan laman web saya mengenai burung ini boleh dilihat di AVIBASE dan HBW.


Thursday, March 22, 2018

Le Tour De Langkawi 2018: Keputusan Peringkat Kelima

Le Tour De Langkawi 2018 peringkat kelima telah berakhir sebentar tadi dan keputusan kali ini amat membanggakan kerana ada wakil pasukan tempatan yang berjaya menjadi juara peringkat kali ini.


OCECHKIN ARTEM yang mewakili Pasukan Terengganu Cycling Team berjaya menjadi Juara Peringkat Kelima, Jersi Raja Bukit dan juga Jersi Kuning sebagai pendahulu keseluruhan.

Keputusan penuh boleh dilihat di laman web Penganjur LTDL 2018 di SINI.



Koleksi Burung di Melaka: Malaysian Pied Fantail

Ini adalah BURUNG MURAI GILA atau bahasa enggerisnya dipanggil MALAYSIAN PIED FANTAIL.


Mulutnya memang bising berkicauan dan ekornya akan ditegakkan apabila berkicau. 
Burung ini agak jinak juga kerana tidak lari terlalu jauh apabila didekati.

Saya merujuk ke laman web HBW ini untuk perincian spesis ini. Klik










Koleksi Burung di Melaka: Yellow vented Bulbul

Ini adalah burung merbah kapur atau Yellow Vented Bulbul di tanah rendah. Burung ini juga selalu dijumpai di Cameron Highlands.

Yang ini saya temui pasangan romantik yang saling terbang bersebelahan dan berkongsi makanan.









Wednesday, March 21, 2018

Koleksi Burung di Melaka: Stripe- Breasted Woodpecker

Burung yang saya temui di belakang rumah mertua saya di Melaka minggu lepas adalah STRIPE-BREASTED WOODPECKER. 



Nama tempatan bagi burung ini adalah BURUNG BELATUK. Namun jenis belatuknya saya tak pasti sebab tak jumpa rujukan yang berkaitan. 




Saiznya kecil sahaja dengan belang putih hitam di bahagian belakang badannya serta kepalanya juga berjalur hitam di tengah. 




Manakala bahagian dadanya sedikit berjalur hitam dan berwarna keperangan sedikit. 
Saya temui burung ini sedang mematuk dahan pokok durian untuk mencari ulat di celahan kulit kayu yang dipatuknya. 



Saya merujuk laman web AVIBASE, KLIK  untuk perincian maklumatnya serta di laman web HBW, KLIK 

Koleksi Burung di Melaka: Black-naped oriole

Saya melihat burung bewarna kuning sudah lama setiap kali balik ke kampung mertua di Melaka. Hasil carian saya menemui namanya sebagai BLACK-NAPED ORIOLE 


Nama tempatan pula dikenali sebagai BURUNG KUNYIT BESAR atau BURUNG DENDANGSELAYANG 

Kelibatnya di atas pokok durian yang sedang berbunga memang mudah dilihat tambahan lagi ia tidak beergerak bebas sebaliknya tetap di dahan sekitar seminit dua sebelum terbang kembali ke dahan yang lain. 



Dengan saizi yang agak besar burung ini bewarna kuning sepenuhnya dengan selar hitam di bahagian matanya dan sayap.  
 


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengani burung BLACK-NAPED ORIOLE ini anda boleh klik ke laman web yang juga menjadi rujukan utama saya, di SINI dan di SINI jugak.

Selebihnya saya kongsika baki gambar burung ini yang saya rakamkan minggu lepas.