5 tahun lalu saya ada kongsikan catatan mengenai capsicum yang memang ditanam di Cameron Highlands.
Tapi yang catatan kali ini saya nak kongsikan sekitar kebun capsicum yang pernah saya kunjungi dan kali ini di Brinchang.
Lokasi secara terperinci tak boleh la saya kongsikan sebab sebagai menghormati pemilik kebun kecil ini. Memang kecil kebun capsicum yang saya kunjungi ini malah lebih kepada kebun eskperimental untuk kesesuaian variety yang akan dipilih dan ditanam secara skala besar kelak.
Capsicum atau bahasa kampung yang tak beberapa kita nak gunakan iaitu lada benggala memang sesuai ditanam di kawasan sekitar Cameron Highlands namun memerlukan kawasan yang terbuka atau mudah mendapatkan pancaran matahari. Jika di tanaman sebelah bukit yang menghalang matahari, tanaman ini tidak akan sesubur yang kita inginkan.
Semua kebun capsicum yang saya kunjungi akan ditanam dalam rumah plastik yang selalunya akan dipasang jaring serangga di sekelilingnya.
Ini sebagai pencegahan kepada serangan serangga perosak seperti thrip yang memang musuh utama yang sukar sangat dikawal dengan tertib penggunaan serangga perosak yang betul. Saya tak nak komen lebih-lebih ya bab ini.
Untuk mendapatkan capsicum yang baik, pokok capsicum memerlukan 3 bulan tempoh sebelum matang dan buahnya boleh dituai.
Tempoh tuaian pula mengikut keadaan pokok. Jarang-jarang ada kebun yang mampu bertahan melebohi 5 bulan tempoh tuaian dan kadar pengeluaran sepokok sekitar hanya 2-5 kg sahaja.
Ada satu atau dua kebun yang mampu menghasilkan tempoh pengeluaran sehingga 8 -10 bulan tetapi nak masuk melihat agak sukar kerana perlu dikawal sepenuhnya. Pekerja yang khas sahaja boleh masuk dan pelbagai lagi amalan pertanian yang terperinci dan terkawal perlu dilaksanakan.
Jadi di kala anda membeli capsicum di pasaraya tu, kenang-kenangkan usaha pekebun yang memang akan meletakan 200 peratus komitmen setiap kali menanam capsicum.
Yang ini adalah kebun capsicum kuning atau plot tanaman capsicum kuning yang mana terdapat 3 lagi warna capsicum ditanam dalam plot bersebelahannya.
JANGAN TANYA SAYA NOMBOR TELEPON PEMILIK KEBUN KECIL INI. DAN JUGA NOMBOR TELEPON SAYA UNTUK SAYA BAWA ANDA KE SANA.
TENGOK AJE GAMBAR INI YA.
Klik Link Catatan 4 Beradik CAPSICUM di bawah:
******************************************
Untuk membaca catatan berkaitan kebun sayur yang pernah saya pergi sebelum ini, sila klik link dibawah:
Koleksi Catatan Kebun-kebun Sayur di Cameron Highlands
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.