Tuesday, February 20, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands : Lonchura Maja di Lembah Bertam

Burung seterusnya yang saya temui di Lembah Bertam adalah Tok Aji ataupun namanya Lonchura Maja. 

Dari pembacaan saya, Burung Tok Aji ini adalah sama spesis dengan burung pipit yang bersaiz kecil dan berkicau. 


Saya temui burung ini dalam seminggu ini sebanyak dua kali sahaja di lokasi yang sama dan tidak lagi saya temui sejak kelmarin. Mungkin berterbangan di kawasan lain kerana kawasan yang saya temuinya dikuasai merbah jambul yang asyik berterbangan di kawasan lalang berbunga ini. 

Jadi saya kongsikan sahaja gambar Burung Tok Aji yang dinamakan sebegitu kerana kepalanya seakan-akan berkopiah.


No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.