Antara lokasi terbaru untuk mencari pilihan makanan adalah di PERUMAHAN MAKMUR CAMERON JAYA atau lebih dikenali sebagai PERUMAHAN PRIMA.
Lokasinya terletak di Jalan Tengkolok di Tanah Rata iaitu jalan masuk utama adalah bersebelahan dengan Balai Polis Tanah Rata selain dari Villa Dahlia iaitu jalan masuk ke Pasar Malam Cameron Highland di Golden Hill.
Prima Cameron Jaya ini baru dibuka sekitar bulan 12 tahun lepas untuk penempatan dan operasi kedai-kedai di sana.
Antara pilihan restoran yang terdapat di sana adalah Highlands Cheese Steamboat and Gril, Sibling Cafe, Nasi Kukus Prima, Restoran Kelapa Wangi dan Kak Ju Cafe dan Restoran Prima Corner.
Walaupun agak terhad dan semuanya masih baru dibuka namun boleh dijadikan sebagai pilihan tempat makan dan jika anda menginap di salah sebuah apartment percutian di sana, anda boleh memulakan hari anda dengan menikmati sarapan dan makan malam di sini. Tengahari biasanya anda dah berada di kawasan perlancongan yang berada disekitarnya.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.