Anda selalu makan nasi ayam kan? Dan setiap kali makan selalunya nasi ayam akan disertakan sekali kepingan atau helaian salad sehingga ramai yang menamakannya sebagai salad nasi ayam.
Sebenarnya salad tersebut adalah SALAD ICEBERG yang mana banyak ditanam di Cameron Highlands.
Kaedah penanamannya ada dua, iaitu melalui sistem hidropnik dalam rumah plastik dengan fertigasi yang sedikit moden dan kaedah penanaman kedua adalah masih secara terbuka yakni di atas tanah, tanpa rumah pelindung hujan atau struktur plastik dan sistem pembajaan organik.
Inilah kebun yang akan saya kongsikan dalam catatan ini, KEBUN ICEBERG TRADISIONAL.
Kebun ini saya kunjungi dah lama cuma kali ni baru nak kongsikan semula di catatan blog ini.
Cantik, tersusun dan sihat walafiat pokok salad di sini. Di jaga oleh pemiliknya kalau tak silap Mr Lee.
Saya belajar mengenai tanaman salad di sini awal tahun 2008 dulu dan pemiliknya tidak lokek berkongsi ilmu. Tapi lama sangat dah tak ke sana dan berjumpa dengan Tauke Lee.
Tanaman salad tradisional atas tanah ini memerlukan sehingga 45 hingga 50 hari penanaman sebelum boleh dituai.
Batas yang disediakan akan digaul dengan baja tahi ayam dan air siraman setiap hari diberikan mengikut keadaan cuaca. Terlebih air ketika tempoh menjelang matang boleh menyebabkan kepala atau isi salad pecah.
Ancaman penyakit juga tinggi kerana penyakit bawaan tanah dan juga serangga perosak yang bebas terbang dan pergi. Hujan juga merupakan ancaman utama kerana jika terlalu banyak hujan pokok salad boleh sakit kerana kelembapan yang tinggi.
Berat salad di atas tanah biasanya mampu mencapai sekitar 800 gram hingga 1.2 kg namun petani tidak boleh memanjangan tempoh tanaman untuk mendapatkan berat kerana isi teras akan keras dan tidak manis dan rapuh untuk di makan.
******************************************
Untuk membaca catatan berkaitan kebun sayur yang pernah saya pergi sebelum ini, sila klik link dibawah:
Aassalammualaikum tuan kumai,
ReplyDeletekalau ladang di cameron ni ada ke yang boleh dibeli sedikit sayurannya untuk di bawa balik?