Jalan-jalan ke Jalan Habu, Ringlet saya ternampak kebun lobak putih atau white radish yang hanya di tepi jalan. Lama tak nampak kebun lobak putih ni.
Lobak putih biasanya menjadi tanaman selingan selepas beberap kali tanaman lain di buat. Kalau dahulu saya kongsikan lobak putih yang ditanam dalam rumah plastik selepas tuaian pokok tomato, yang ini adalah yang tradisional.
Lobak putih yang ditanam di atas tanah biasanya mudah dikenali jika dijual di pasar. Buahnya tak beberapa besar dan biasanya tidak cantik sangat sebab terdedah kepada cuaca tanpa ada lindungan struktur rumah hujan atau plastik.
Klik di CATATAN LOBAK PUTIH DI TRINGKAP untuk melihat perbezaan tanaman lobak putih di dalam rumah plastik dan lihat pula di catatan ini untuk perbezaan yang ditanam di kebun terbuka.
Cuma buahnya saya tak jumpa yang dah dituai. Lebih kurang sahaja.
Sekarang dah ada lobak unggu tau di Cameron Highlands. Tak percaya ? Klik CATATAN LOBAK UNGGU
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.