Kemaskini July 2018: TAMAN ABANG kini dikenali sebagai TAMAN EPAL CAMERON. Hanya nama dan pemilikan berubah dibawah pengurusan lama dan masih mengekalkan ke semua ciri-ciri perniagaan yang sama. Jadi catatan dibawah adalah masih bersesuaian.
***********************
Pilihan steamboat yang saya syorkan seterusnya adalah yang agak popular iaitu TAMAN ABANG BUFFET STEAMBOAT & GRILL atau kini dijenamakan sebagai TAMAN EPAL CAMERON.
***********************
Pilihan steamboat yang saya syorkan seterusnya adalah yang agak popular iaitu TAMAN ABANG BUFFET STEAMBOAT & GRILL atau kini dijenamakan sebagai TAMAN EPAL CAMERON.
Lokasinya di tengah Pekan Tanah Rata bersebelahan dengan Hotel Cool Point. Untuk ke sana anda boleh meletakkan kenderaan anda di kawasan letak kereta di Dataran Tanah Rata iaitu kawasan letak kereta utama di pekan ini sebelum menyeberangi menggunakan jambatan ke Hotel Cool Point.
Dahulu anda boleh meletak kereta di kawasan hotel tersebut tetapi saya memahami kenapa mereka menghalang meletak kereta dikawasan hotel demi keselesaan penghuni hotel.
Atau anda letak sahaja kereta di kawasan letak kereta MDCH yang luas dari arah MAYBANK. Lebih mudah kerana ruang parkir yang banyak dan sebelah sahaja lokasi pintu masuk ke Taman Abang ini.
Taman Abang ini telah dibuka hampir 4 tahun rasanya dan dahulu caj seorang untuk makan sekitar RM 25 sahaja namun penambahan aneka bahan steamboat yang dibuat secara buffet yang pelbagai menjadikan harganya kini dinaikan selaras dengan kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan.
Berapa tu ?
3 minggu lepas kami sekeluarga ke sana bagi meraikan kedatangan rakan sekolah lama isteri saya. Cajnya adalah RM 39 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak.
Apa yang saya dapat?
Pilihan bahan steamboat yang boleh diambil berulang kali dan terdapat banyak sangat variasi tambahan seperti nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak pandan, aneka air panas dan sejuk, ais krim. dan banyak lagi.
Bahan steamboatnya menjangkau dari pilihan seafood mentah, perapan BBQ serta yang segera yang bersaiz besar. Sayurnya juga pelbagai.
Semuanya dimasak sendiri di atas dapur grill dan sup dengan pilihan sup ataupun tomyam.
Taman Abang ini memang menjadi tumpuan dan masa kami pergi, kami perlu menunggu sehingga 30 minit untuk mendapatkan tempat duduk yang bersaiz besar memandangkan dua keluarga. Namun kerusi menunggu disediakan di laluan masuknya.
Kawasan tempat makannya luas dan mempunyai variasi pilihan samada duduk di meja atau duduk bersila di ruang pangkin yang disediakan.
Kawasan tempat makannya luas dan mempunyai variasi pilihan samada duduk di meja atau duduk bersila di ruang pangkin yang disediakan.
Saya mencadangkan anda klik di facebook mereka sahaja untuk lebih gambar dan maklumat lanjut kerana mereka juga menawarkan perkhidmatan makan dan minum diluar waktu steamboat mereka iaitu pagi dan tengahari,. KLIK
Gambar di atas semuanya kecuali gambar pertama saya ambil dari facebook mereka. Segan pulak nak kongsi gambar dari handphone kita yang tak seberapa ni.
Untuk mengetahui pilihan Steamboat di Cameron Highlands yang lain, anda boleh klik di PILIHAN STEAMBOAT DI CAMERON HIGHLANDS
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI
Sampai ptg aje ala carte mcm menu nasi lemak strawberry dan lain2
ReplyDeleteMlm2 semua steamboat😅
Tipu la...berpusing cari..tak jumpa pon..hahaha
ReplyDeleteDekat area hotel cool point tu. Pastu masuk ke dalam sket
DeleteSkrg dah tukar nama Taman Apple.
ReplyDeleteTaman Abang kini dikenali dengan nama Taman Apple Cameron di mana pemiliknya masih sama cuma perkongsian syarikat berubah di antara Taman Abang di Taman Sedia dan Taman Apple ini.
ReplyDeletetaman apple dan 200 seeds cafe abang strawbery (owner yb soleh) ada kena mengena??
ReplyDeleteSekarang harga berapa untuk dewasa dan kanak2
ReplyDelete