Catatan Pilihan Steamboat yang seterusnya adalah ATILLA SANTAI STEAMBOAT & GRILL di ATTILLA BOX PORT, Tanah Rata.
Baru sahaja diperkenalkan steamboat corner ini di Attilla Box Port selepas diambil alih oleh pengurusan baharu dan dimiliki sepenuhnya oleh En. Fajaruddin.
Konsep steamboat di sini adalah 'buffet makan sampai kenyang' dengan hanya membayar mengikut bilangan kepala sahaja.
Teknik masakan steamboat adalah Grill dan Steamboat dengan pilihan rebusan perisa sup ataupun tomyam.
Lokasinya adalah di Atilla Box Port iaitu berdekatan dengan jalan masuk ke Pekan Tanah Rata dari arah Ringlet.
Ruang makannya agak luas dan juga tertutup atau berbumbung sepenuhnya tanpa perlu risau hujan atau kekurangan tempat duduk.
Lebih menarik adalah konsep 'Food Court' di sini memberikan pilihan gerai makan yang lain bersebelahan dengan sudut steamboat ini. Jadi anda boleh mencuba pelbagai tambahan menu selain dari steamboat di sini.
Malah terdapat kedai cenderahati berkonsepkan Cameron Highlands yang memudahkan anda makan dan membeli belah di sini.
Malah terdapat kedai cenderahati berkonsepkan Cameron Highlands yang memudahkan anda makan dan membeli belah di sini.
Harga pakej steamboat dan grill ini adalah RM 30 bagi dewasa, , Warga emas RM 25 , OKU RM 23, Kanak-kanak pula RM 20, manakala kanak-kanak bawah 5 tahun adalah percuma.
Namun untuk tempoh sehingga 31 Januari 2018 ini, terdapat potongan harga promosi pembukaan di sini kepada semua pelanggan dengan hanya RM 25 untuk seorang dewasa.
Hubungi mereka untuk pertanyaan lanjut dan lihat sendiri Facebook mereka untuk mengetahui suasana persekitaran dan maklum balas dari pelanggan mereka. KLIK
Untuk mengetahui pilihan Steamboat di Cameron Highlands yang lain, anda boleh klik di PILIHAN STEAMBOAT DI CAMERON HIGHLANDS
Untuk mengetahui pilihan Steamboat di Cameron Highlands yang lain, anda boleh klik di PILIHAN STEAMBOAT DI CAMERON HIGHLANDS
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.