Saya pernah berkongsikan kisah Kedai Kek Norsham yang dahulunya dibuka di Royal Lily, Tanah Rata sebelum berpindah ke Kampung Taman Sedia. Catatan lama saya di SINI .
Kini mereka beroperasi di Kompleks Sungai Bisek bersebelahan Agrohighlands Sungai Bisik. Ianya berdekatan dengan Tea Shop 1 Bharat Tea Plantation.
Jika anda ingin menempah kek sempena ulang tahun perkahwinan, harijadi atau apa sahaja sepanjang anda bercuti di Cameron Highlands dan inginkan buatan Bumiputera dan Muslim yang tidak perlu diragui status halalnya, saya mencadangkan anda menghubungi Kak Normah.
Nombor telepon Kak Normah, 018 2944059 atau terus ke kedainya di No 2 Kompleks Sungei Bisek, Jalan Tanah Rata ke Ringlet.
Juga boleh mendapatkan maklumat melalui Laman Facebooknya iaitu Norsham Cameron Confectionery Hatter's Cafe Bakeries, atau di melihat koleksi kek mereka di laman web mereka https://norshamcakecameron.wordpress.com/ .
Sebaiknya anda menempah dahulu kek sebelum anda sampai di Cameron Highlands supaya anda tidak tergesa-gesa dan lebih tenang bercuti tanpa perlu tercari-cari di mana nak beli kek semasa tiba kelak.
Juga terdapat produk lain seperti aneka coklat dan juga roti untuk anda tempah.
Juga terdapat produk lain seperti aneka coklat dan juga roti untuk anda tempah.
Sent from my S7edge smartphone
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.