Masih dengan Teh di Cameron Highlands. Saya sukakan suasana persekitaran ladang teh di Cameron Highlands yang bagi saya adalah tulang belakang kepada Cameron Highlands selain dari cuacanya yang istimewa.
Bila melihat pokok teh yang merenek hamparannya baik di Ladang Teh milik BOH ataupun Bharat Tea, saya sering terfikirkan kepada berapakah nilai industri.
Saya temui beberapa fakta tetapi dibuat diterbitkan di dalam World Tea News, 4 November 2013.
Saya ringkaskan perkongsian fakta dari journal yang dihasilkan oleh Remco Verwoerd and Vanessa L. Facenda ini seperti dibawah dan selebihnya dari taklimat semasa lawatan saya ke Ladang BOH baru-baru ini.
- India, China, Sri Lanka dan Vietnam adalah antara pengeluar teh terbesar di dunia.
- Pada tahun 2001, Malaysia diletakan sebagai pengeluar teh ke 18 terbesar di Asia.
- Penguasaan pasaran teh dimiliki Malaysia adalah pada kadar 0.45% dari pengeluaran teh dunia.
- BOH merupakan pengeluar Teh terbesar di Malaysia dengan keluasan 1200 ha ladang teh.
- Bharat Tea merupakan pengeluar Teh kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 642 ha ladang tehnya.
- Sabah Tea pula pengeluar teh ketiga terbesar di Malaysia.
- Tanaman teh diperkenalkan dan mulai ditanam oleh A.J Russel pada tahun 1929 dengan bantuan bantuan pakar teh British berpengkalan di Sri Lanka, A. B Milne.
- Pokok pertama ditanam di Ladang Teh BOH habu masih dituai hasilnya sehingga kini dan berusia 80 tahun.
- Jangka hayat pokok teh yang produktig dianggarkan mampu bertahan sehingga 100 tahun.
- Ladang teh memerlukan seorang pekerja bagi setiap hektar tanaman ladang teh bagi memastikan semua operasi ladang dapat dilaksanakan.
- Setiap 24 kilogram produk teh terhasil daripada 1,000 kilogram daun teh segar.
- Ladang BOH menghasilkan 3 juta kilogram daun teh segar setiap tahun untuk memenuhi permintaan pasaran.
Sumber :
- Remco Verwoerd and Vanessa L. Facenda , Discovering Tea in Malaysia,
- Lawatan ke Ladang Teh BOH, 2018.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.